in

“Badan Aleya ada kesan lebam, kesan cucuh rokok & kulit melecur” – Ibu Aleya Dedah Perangai Sebenar Teman Lelaki

Featfeat 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memang betul kata orang, naluri ibu ini kuat, ibarat cubit paha kiri, paha kanan terasa. Rupanya, ibu kepada Nur Aisyah Aleya turut merasakan yang sama…


Pada 22 Februari lalu, ibu Aleya, Rosmaliah Samo telah pergi ke rumah teman lelaki di Kuarters Hospital Langkawi kerana rindu hendak bertemu dengan anaknya. Tapi, ketika itu anaknya tak ada di rumah tersebut, hanya ada anak lelaki pasangan suami isteri itu saja.

Screenshot 2019 03 07 At 10.51.13 Am

“Achik, Aleya dah mati… itu kata anak lelaki suami isteri terbabit berusia empat tahun ketika saya ke rumah mereka menyebabkan hati ini kuat mengatakan anak saya sudah tiada (meninggal dunia),” – Rosmaliah

Tak berputus asa, keesokan harinya Rosmaliah sekali lagi pergi ke rumah pasangan ini tapi anak lelaki mereka mengatakan yang bapanya telah menyerahkan Aleya kepada orang lain untuk dijaga. Lain pula ceritanya…

Ketika itu, Rosmaliah merasakan ada sesuatu yang tak kena. Dia tak tahu nak percaya yang mana satu. Padanya, mustahil kanak-kanak boleh berbohong.

“Lelaki itu ada datang ke hostel berhampiran tempat kerja saya dan berjumpa seperti biasa, namun berdolak dalih memberitahu anak saya dalam keadaan sihat di bawah jagaannya dan dia akan bawa bertemu dengan saya tidak lama lagi.”

Memetik laporan MyMetro, Rosmaliah memaklumkan yang dia pernah tinggal bersama keluarga teman lelakinya itu. Malah isteri teman lelakinya turut tinggal bersama di kuarters tersebut.

“Kami menjalinkan hubungan sulit selama empat bulan dan lelaki itu membawa saya pulang ke rumahnya di kuarters dan memperkenalkan saya sebagai rakannya kepada isteri yang juga jururawat di hospital berkenaan.”

Katanya, sepanjang dia tinggal bersama pasangan ini, hubungan dia dan isteri teman lelakinya sangat baik. Tapi dia mendakwa lelaki tersebut pernah beberapa kali menampar anaknya dan dia juga pernah dipukul oleh lelaki itu.

“Seluruh badan anak saya pernah mempunyai kesan lebam dan kesan dicucuh api rokok selain kulitnya melecur seperti disiram air panas.”

Isteri kepada teman lelakinya juga ada memberitahu suaminya pernah membawa perempuan lain pulang untuk tinggal bersama mereka. Kerana ini, Rosmaliah tak kisah untuk tinggal bersama.

“Dia seorang yang panas baran dan suka pukul kalau tak ikut cakap dia, malah isterinya pernah menjadi mangsa dan saya kurang yakin isterinya terbabit bersubahat dalam perkara ini. Ketika tinggal bersamanya di kuarters itu, saya cuba untuk melarikan diri tetapi dihalang teman lelaki kerana dia mengunci mangga pintu.

Tapi, selepas hubungan percintaan mereka terbongkar, Rosmaliah mengambil keputusan untuk keluar dari rumah tersebut dan bekerja di kedai makan. Selama tempoh tersebut, dia tak pernah berjumpa anaknya.

Aisyahaleya

Lebih menyedihkan lagi, dia hanya mengetahui tentang penemuan tengkorak dan rambut anaknya di dalam hutan dari berita.

Dua minggu lalu, Rosmaliah berkata anaknya telah datang ke dalam mimpinya, bagaimana pun pada waktu itu dia tak mengetahui Nusr Aisyah Aleya telah meninggal dunia.

“Dalam mimpi saya, Aleya datang dan memberitahu ‘Mama mai ambik adik’ dan tidak lama selepas itu, mimpi hilang menyebabkan saya tidak sedap hati.

“Selama ini, Aleya tidak pernah mempunyai penyakit sawan seperti yang didakwa lelaki itu dan mungkin itu alasan diberikannya sebaik melihat anak saya sudah meninggal dunia.”

Hari ini, Rosmaliah akan melakukan ujian DNA di Hospital Langkawi.

Harap Aleya akan dapat keadilan untuk kematiannya.

Baca: “Hilang 2 minggu, yg jumpa cuma rangka” – Ingatkan Diculik, Rupanya Pengasuh Buang Nur Aisyah Aleya Dalam Hutan Sebab…

Screenshot 2019 03 07 At 10.55.49 Am

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.