“Hilang 2 minggu, yg jumpa cuma rangka”- Ingatkan Diculik, Rupanya Pengasuh Buang Nur Aisyah Aleya Dalam Hutan Sebab…

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Harapan ibu untuk melihat semula anaknya hancur dan kepercayaan yang diberikan kepada kekasih untuk menjaga anaknya telah dikhianati.

Apalah perasaan ibu ini apabila mendapat berita anak kesayangan yang disangka dibawa lari oleh bekas kekasih rupanya dibiarkan mereput dalam hutan hingga tinggal tulang dan rambutSedihnya…

Nur Aisyah Aleya telah dilaporkan hilang pada hari Ahad yang lepas. Laporan awal mendapati kanak-kanak berusia tiga tahun ini dipercayai telah dibawa lari oleh pengasuh (juga teman lelaki) dan isterinya.

Ibu Nur Aisyah Aleya yang berasal dari Indonesia mengenali teman lelakinya sejak awal November tahun lepas di Pulau Pinang sebelum mula bercinta.

Kemudian, dia berpindah ke rumah teman lelaki dan isterinya di Langkawi pada bulan yang sama. Namun nak dijadikan cerita, pada awal Januari, isteri lelaki ini yang merupakan seorang jururawat telah mengetahui tentang hubungan sulit mereka berdua.

Rahsia percintaan terbongkar punca terpisah dengan anak

Selepas rahsia percintaan mereka terbongkar, ibu malang ini telah dihantar ke tempat kerjanya di sebuah restoran di Padang Maksirat tapi anaknya tak diserahkan kepadanya.

Pada akhir bulan lalu, ibu ini telah pergi ke rumah teman lelakinya untuk mengambil anaknya tapi lelaki tersebut mengatakan anaknya telah diberikan kepada orang lain. Ibu ini kemudian membuat laporan polis tentang kehilangan anaknya.

Polis kemudian membuat pemeriksaan di rumah pasangan suami isteri dan tempat kerja mereka tapi mereka dipercayai telah melarikan diri. NUR Alert telah dikeluarkan oleh pihak polis untuk mencari pasangan ini dan Nur Aisyah Aleya pada hari Isnin lalu.

Terkena sawan semasa mandi dan tak sedarkan diri

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga, begitu juga dengan pasangan ini. Mereka telah dikesan di Ampang pada pukul 4 petang tapi Nur Aisyah Aleya tak ada bersama mereka. Mereka telah ditahan dan dibawa pulang ke Langkawi untuk ditahan reman.

Menurut MyMetro, semasa soal siasat pasangan ini mengatakan yang Nur Aisyah Aleya sudah pun meninggal dunia sejak dua minggu yang lalu kerana mengalami sawan ketika mandi. Tak sangka betul!

“Hasil soal siasat mendapati, kanak-kanak berkenaan mengalami sawan ketika dimandikan lelaki berkenaan dan tidak sedarkan diri sebelum dia bertindak meninggalkan kanak-kanak itu di satu kawasan hutan. Suspek kemudiannya melarikan diri ke Lembah Klang bersama keluarganya,” – Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintendan Mohd Zaid Hassan

Perkembangan terkini kes menurut MyMetro, pada pukul 11 pagi tadi, suspek lelaki telah membawa pihak polis ke lokasi tempat mayat Nur Aisyah Aleya dibuang.

Sumber: Awani

Hanya cebisan rambut dan tengkorak ditemui

Nur Aisyah Aleya Abdullah, dipercayai dibunuh sebelum mayatnya dibuang di dalam hutan. Yang lebih menyedihkan, polis hanya menemui cebisan rambut dan tengkorak kanak-kanak yang berusia tiga tahun ini. Kejamnya!

“Menerusi bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) dan anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia mayat ditemui hanya tinggal cebisan rambut dan tengkorak. Cebisan rambut dan tengkorak ditemui dalam kawasan gaung yang curam iaitu kira-kira 30 meter dari jalan raya yang menghala ke puncak Gunung Raya,” – Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim

Kedua pasangan ini akan ditahan reman esok pagi dan akan disiasat mengikut mengikut Seksen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sekarang ni belum pasti sebab sebenar kematian adik Nur Aisyah Aleya ini. Tapi, kalau betul dia dibunuh, harapnya pembunuh akan mendapat hukuman yang setimpal. Moga ibu mangsa terus kuat.

Al-fatihah.

 

Baca: “Dia nampak tenang.” – Anon Dedah Kisah Ibu Bunuh Diri Lepas Pendam Tiga Tahun Sebab…

 

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Brief description: Seorang penulis yang masih mencari identiti diri. Sedang cuba mencuri masa untuk mendalami falsafah sambil meneruskan hobi menonton Netflix.