in

“Atuk pun tak nak bela” – Netizen Dedah ‘Kisah Sebenar’ Pencuri Tabung Masjid

Collage 27

Kecoh di media sosial selepas video seorang remaja dimandikan seperti jenazah kerana mencuri tabung masjid tular di media sosial.

Semalam pula, Mahkamah Majistret Selayang telah pun menjatuhkan hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 selepas remaja tersebut mengaku bersalah mencuri tabung Masjid Al Islahiah dengan mengheret dan menyorokkan tabung tersebut di dalam bilik jenazah masjid itu.

Ketika dibicarakan, remaja tersebut memberitahu mahkamah bahawa dia memerlukan duit untuk membeli ubat datuknya yang menghidap kencing manis, lapor BERNAMA.

Ekoran daripada ini, ramai orang telah menunjukkan simpati mereka terhadap remaja tersebut dan ada juga yang mahu membantunya membayar denda dan memberi peluang pekerjaan.

“Atuk pun tak nak bela”

Namun begitu, ada beberapa netizen telah membuat pendedahan mendakwa bahawa pencuri tabung masjid itu sebenarnya seorang penagih dadah.

Dikatakan, tujuan dia mencuri tabung masjid adalah untuk membeli dadah. Malah, ada juga yang mengatakan sikap remaja tersebut terlalu liar dan sering membuat masalah seperti mencuri duit neneknya dan menjual motor datuknya untuk membeli dadah.

Disebabkan ini juga, datuk remaja tersebut telah menghalaunya dari rumah kerana enggan memeliharanya.

Netizen tersebut turut mendakwa tindakan pihak masjid menghantarnya kepada pihak polis selepas menghukumnya adalah kerana disuruh sendiri oleh datuknya.

Fjbvym6Acaapkk9 1

Fjbvynsagaedpiq

“Tak mencerminkan cara yang dianjurkan agama”

Walaupun selepas pendedahan ini, masih ada juga segelintir netizen yang masih tak bersetuju dengan tindakan pihak masjid menghukum remaja ini. Ada juga yang mendoakan agar pencuri tersebut insaf selepas ini.

Screenshot 2022 01 14 At 11.08.57 Am Down

Walaubagaimanapun, ketika artikel ini ditulis keluarga remaja tersebut masih belum memberi pengesahan cerita mana satu yang betul.

 

Baca: Lepas Dimandikan Jenazah, Remaja Pecah Tabung Masjid Didenda RM 4,000 Penjara 10 Hari

Ft Remaja Pecah Tabung Masjid