in

Lepas Dimandikan Jenazah, Remaja Pecah Tabung Masjid Didenda RM 4,000 Penjara 10 Hari

Ft Remaja Pecah Tabung Masjid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Remaja yang tular dimandikan jenazah oleh pengurusan masjid baru-baru ini dijatuhkan hukuman penjara 10 hari dan denda sebanyak RM4,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini.


Hukuman dijatuhkan oleh Majistret Nik Mohd. Fadli Nik Azlan terhadap Daniel Iskandar 19 selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

“Duit orang bagi untuk pembangunan masjid. Awak curi dan letak dalam bilik jenazah pula.”

Remaja Pecah Tabung Masjid

Menurut Utusan, sebelum hukuman dijatuhkan, mahkamah turut menegur perbuatannya dan menasihati remaja tersebut supaya insaf dan menjadikannya sebagai pengajaran.

“Tahu apa salah awak? Duit orang bagi (dalam tabung) untuk masyarakat dan pembangunan masjid. Awak curi dan letak dalam bilik jenazah pula. Harap benda ini jadi pengajaran dan kesedaran pada awak.”

Hukuman penjara 10 hari itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada Ahad lalu, sekiranya gagal mengemukakan bayaran denda, dia berdepan dengan penjara selama 5 bulan.

Curi sebab nak tanggung kos datuk sakit

Menerusi sumber, Daniel cuba mencuri tabung kepunyaan Masjid Al Islahiah, Rawang dengan mengheret dan menyorokkan tabung itu di dalam bilik mandi jenazah kira-kira jam 11.58 malam pada 8 Januari lalu.

Berikutan dengan pertuduhan yang dikemukakan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan di baca bersama Seksyen 511 yang mana hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Remaja Pecah Tabung Masjid 3

Dalam prosiding itu, tertuduh diwakili peguam Azman Abdullah yang bertindak secara suka rela (pro bono) memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan.

Azman Abdullah ada sertakan  pengakuan bersalah Daniel, selain menjelaskan tertuduh terdesak menggunakan wang ketika kejadian kerana datuknya yang sedang sakit memerlukan perbelanjaan.

“Tertuduh merupakan anak sulung dan ibu bapanya telah bercerai sejak berusia lapan tahun (darjah dua). Dia tinggal dengan datuknya berusia 70-an dan mereka bukan orang senang. Makan dan minum juga daripada sedekah jiran-jiran.”

Remaja Pecah Tabung Masjid 2

Malah Azman turut menambah bahawa, biarpun tertuduh bersalah, tindakan pihak yang merakam video dan sebar di laman sosial adalah tidak wajar.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira faktor kepentingan awam selain bagi mencegah daripada orang lain melakukan kesalahan serupa.

 

Baca : Padah Curi Tabung Masjid! Lelaki Dimandikan Seperti Jenazah, Siap Ditabur Kapur Barus Sebagai Hukuman

Page 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.