Anda Pasti Tak Sangka Tempat Percutian Cantik Macam Ni Sebenarnya Kat Malaysia!

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Apabila sudah penat bekerja sepanjang minggu, pasti kita mahu memilih tempat yang cantik dan menenangkan untuk pergi bercuti bersama keluarga. Namun, kebanyakan tempat-tempat yang cantik itu terletak jauh di luar negara dan agak sukar untuk dilawati melainkan sewaktu musim cuti panjang.

Pun begitu, tahukah anda bahawa tempat-tempat cantik sebegini bukan wujud di luar negara sahaja malah terdapat di dalam Malaysia juga? Siapa sangka dalam negara kita terdapat satu tempat yang airnya biru kehijauan dan mempunyai pemandangan yang sangat cantik. Waaah!

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Tidak perlu ke luar negara untuk bercuti ke kawasan sebegitu, tempat ini hanya di Terengganu sahaja. Terletak di daerah Setiu, kawasan yang dikenali sebagai Lata Payung ini tidaklah sepopular Pulau Perhentian mahupun Pulau Kapas. Namun, pemandangan di sini boleh dikatakan setanding dengan kecantikan tempat percutian luar negara.

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Dengan keadaan airnya yang cantik dan pemandangan memukau, tidak sah rasanya jika anda tidak mengambil gambar kenangan sewaktu mengunjungi kawasan ini. Tempatnya tidak terlalu terbuka membuatkan kita berasa begitu tenang dan dekat dengan alam semula jadi.

Bagi yang mahu berkunjung ke tempat ini bersama keluarga mahupun rakan-rakan, anda dinasihatkan untuk membuat persediaan lengkap dan ditemani guide atau rakan yang sudah biasa melawatinya supaya tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Sumber: Instagram

Pelbagai spesis flora dan fauna yang jarang kita lihat sebelum ini juga katanya boleh didapati di sini. Pengunjung yang hadir boleh menjalankan pelbagai aktiviti seperti mandi-manda, berkelah, dan berkhemah. Jika sukakan aktiviti lasak, anda juga boleh melakukan jungle trekking di sini.

Waaaah, cantiknya! Tak sangka Malaysia pun ada tempat cantik macam ni!

Baca: 8 Lokasi Untuk Weekend Getaway Bagi Yang Mahu Lari Dari Kesibukan Bandar KL!

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.