in

9 Lokasi Percutian Muslim Friendly di India. JOM!

Gateway India

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak sebuah syarikat penerbangan di Malaysia membuat promosi tiket ke Jaipur, India, ramai di antara rakyat negara ini mula jatuh hati dengan lokasi-lokasi menarik di negara tersebut. Keunikan budaya, makanan, seni arkitek dan pemandangan yang indah di India telah menarik perhatian pelancong untuk menjadikan ia sebagai destinasi percutian yang sangat unik.


Lebih menarik lagi, terdapat beberapa tempat di India yang mempunyai tinggalan sejarah berkaitan dengan Islam telah dijadikan World Heritage Sites dan sesuai dilawati oleh Muslim yang ingin mengenali dengan lebih dekat akan pemerintahan Mughal dan kerajaan-kerajaan Islam yang lain.

Berikut kami senaraikan sembilan lokasi muslim friendly di India yang menarik untuk anda lawati: 

 

1. Taj Mahal, Agra

Taj Mahal
sumber: wikipedia

Makam yang telah dibina untuk melambangkan cinta dan kasih sayang mendalam seorang suami kepada isterinya ini adalah antara lokasi yang paling terkenal dan sering dilawati oleh mana-mana pelancong di dunia. Dikenali sebagai salah dari Tujuh Keajaiban Dunia, bangunan yang dicipta daripada batu marmar putih ini telah dibina oleh pemerintah Kerajaan Mughal, Shah Jahan kepada isteri ketiganya Mumtaz Mahal yang meninggal ketika melahirkan anak mereka yang ke-14 pada 1631.

Keunikan seni binanya yang mengambil masa 22 tahun untuk disiapkan dengan 20,000 pekerja ini telah menobatkan Taj Mahal sebagai salah satu daripada World Heritage Sites oleh UNESCO.

Beautiful Interior Decoration At Taj Mahal
sumber: ask ideas
Sun Light Enters Taj Mahal Inside View
sumber: ask ideas

 

2. Lake Palace, Udaipur

Article 2220287 1595Ccbb000005Dc
sumber: daily mail

Meskipun Lake Palace di Udaipur ini tidak ada kaitan dengan tinggalan sejarah Islam, namun ia adalah lokasi yang berbaloi untuk anda lawati kerana keindahan istananya yang dikatakan antara yang tercantik di dunia. Terletak di Pulau Jag Niwas di Tasik Pichola, istana ini mempunyai 83 buah bilik dan kini merupakan hotel mewah lima bintang.

Di dalamnya ia mempunyai beberapa laman yang indah, air pancut dan taman yang menakjubkan, serta sebuah istana yang dikenali dengan seni bina yang menarik dan pemandangan yang menawan. Istana ini telah dibina pada tahun 1746 sebagai istana hinggap di musim panas oleh Maharana Jai Singh II.

Tajlakepalaceentrance 1
sumber: electrify
Img 3983
sumber: electrify

 

3. Agra Fort, Agra

2 Agra Fort
sumber: make my trip

Kalau sebut mengenai Agra sahaja, orang hanya ingat akan Taj Mahal dan jarang sekali yang mengetahui akan kewujudan sebuah kubu yang dikatakan sangat hebat di zaman pemeritahan Kerajaan Mughal ini. Monumen Agra Fort yang telah dibina pada abad ke 16 ini juga dikenali sebagai Red Fort kerana warna merahnya yang begitu menonjol.

Terletak hanya 2.5km dari Taj Mahal, Agra Fort juga merupakan World Heritage Sites dan pembinaannya bermula semasa pemerintahan Maharaja Akhbar pada tahun 1565.

 

4. Istana dan Kubu Amber (Amer), Jaipur

Amer Palace Jaipur
sumber: jaipur

Selain daripada Agra Fort, percutian anda ke India tidak lengkap kalau tidak melawati salah satu daripada kubu terkenal di Rajasthan, iaitu Kubu Amer. Terletak 11km daripada Jaipur, istana dan kubu Amer atau Amber ini telah dibina pada tahun 1592 oleh Raja Man Singh.

Seni bina istana ini dikatakan sangat unik kerana telah dipengaruhi oleh kedua-kedua budaya serta agama Hindu dan Muslim. Apa yang menarik di sini ialah pelancong boleh menunggang gajah pada waktu pagi dan menonton persembahan lampu pada waktu malam.

Amer Palace
sumber: instagram
Img 0634
sumber: colouricious

 

5. Masjid Jama, Delhi

Jama Masjid Dilli6
sumber: wikipedia

Masjid Jama atau dipanggil Masjid-i Jahan-Numa ini merupakan masjid terbesar di India yang boleh menampung sebanyak 25,000 orang pada satu-satu masa. Terletak di Delhi Lama, masjid ini sering dilawati oleh mereka yang beragama Islam, bukan Islam, penduduk tempatan dan juga pelancong.

Apa yang membuatkan masjid ini unik ialah ia merupakan antara seni bina terakhir pada zaman pemeritahan Maharaja Shah Jahan dan telah dibina antara tahun 1644 dan 1658.

Jama 2
sumber: instagram
Jama
sumber: instagram

 

6. Gerbang India, Mumbai

846
sumber: oddviser

Dibina untuk memperingati kedatangan Monarki British, King George V dan Queen Mary ke India, Gerbang India ini merupakan sebuah mercu tanda yang agung dan difahamkan merupakan lokasi terkenal pelancong di serata dunia. Dengan ketinggian 26 meter dan dibina pada tahun 1924, ia terletak dekat dengan beberapa lokasi pelancongan yang lain seperti Pulau Gajah. Malah Taj Mahal Hotels yang terkenal sebagai antara hotel yang paling berprestij dan mewah di India juga terletak dekat dengan monumen ini.

Gateway 2
sumber: instagram
Gateway
sumber: instagram

 

7. Istana Leh, Ladakh, Kashmir

Ancient Palace In Leh The Leh Palace
sumber: ask idea

Istana sembilan tingkat yang dibina oleh Raja Sengge Namgyal pada abad ke 17 ini merupakan kediaman para raja-raja dan merupakan tempat yang patut dilawati pelancong yang datang ke India. Terletak di kawasan Himalaya, perjalanan ke Istana Leh ini agak mencabar namun sangat berbaloi apabila sudah tiba di sana.

Istana megah yang telah dijadikan muzium ini menyimpan pelbagai barangan berharga yang menjangkaui usia ratusan tahun. Pelancong yang ke sana pasti terpesona melihat keindahan kawasan Leh dari bumbung istana tersebut yang agak tinggi.

Lehpalace
sumber: instagram
Leh Palace 2
sumber: instagram

 

8. Istana Mysore, Mysore

Mysore Palace Ili 41 Img 1
sumber: cultural india

Istana Mysore ataupun dipanggil sebagai Amba Vilas ini antara mahligai yang terbesar di India dan pernah menjadi tempat tinggal Maharaja Wodeyar. Namun malangnya, pada tahun 1897, mahligai ini telah musnah dalam kebakaran dan kemudian dibina semula pada 1912. Ia telah mendapat jolokan sebagai antara destinasi yang menjadi pilihan pelancong oleh kerana seni binanya yang indah.

Selain itu, Istana Mysore juga mempunyai taman yang cantik dengan bunga-bunga menawan yang tumbuh meliar di atas tanah lapang.

Mysore Palace 2
sumber: cultural india
Mysore Palace 4
sumber: cultural india

 

9. Masjid Jamia, Srinagar

8026371400 F18020D2Aa B
sumber: flickr

Terletak di Srinagar, Jammu dan Kashmir, Masjid Jamia pada asalnya telah dibina sekitar tahun 1400 oleh Sultan Sikandar dan kemudian diperbesarkan untuk menjadi sebuah masjid dengan seni bina yang menarik. Keunikannya ialah ia mempunyai 370 tiang kayu untuk menyokong bangunan ini.

Masjid Jamia telah menjadi salah satu daripada masjid paling suci di India serta masjid terbesar di Kashmir yang diketahui telah wujud sejak beratus tahun dahulu.

Islam In India
sumber: wikipedia
Aerial View Of The Historic Jamia Masjid
sumber: ask ideas

Dah tahu destinasi mana yang anda nak pergi selepas ke Jaipur? Jom booked tiket sekarang! 

Baca: 6 Negara Ideal Untuk Destinasi Percutian Bajet Tidak Diketahui Ramai 

Destinasi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.