Setelah hampir 5 tahun dipenjarakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya telah mendapat perkenan pengampunan penuh daripada YDPA Sultan Muhammad V hari ini dan dibebaskan daripada sebarang pertuduhan. Dengan tu, menurut peguamnya, R Sivarasa, Anwar sudah bebas untuk terlibat dalam politik.
Menurut MMO, ketua umum PKR ini jugak boleh bertanding pada pilihan raya kecil yang mungkin akan diadakan bagi bolehkan Anwar jadi anggota parlimen.
“Beliau menjadi orang bebas sebaik sahaja keluar dari hospital ini,” kata Sivarasa.

Pun begitu, perbincangan mengenai pembabitan dalam dunia politik mungkin akan diadakan lepas Raya pada Jun ni.
“Ini merupakan pandangan saya dan bukan keputusan beliau. Mungkin lepas raya kita akan duduk bincang dengan beliau (Anwar).
“Secara logiknya tidak ada apa-apa akan berlaku sepanjang Ramadan ini. Beliau perlukan rehat,” jelasnya lagi.
Anwar yang tiba di rumahnya di Bukit Segambut sebentar tadi baru saja selesai membuat sidang media.
Welcome back Anwar!
Baca: “Kerjasama dengan Dr M sangat penting dalam menumbangkan BN” – Anwar