in

“Kerjasama dengan Dr M sangat penting dalam menumbangkan BN” – Anwar

Page Anwar3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan pembebasan beliau sebentar tadi, pastinya rakyat menunggu masa untuk Anwar kembali dalam bidang politik, berganding bersama Tun M.


Menurut Malaysiakini, dalam satu temu bual dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berkata kerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah sangat penting dalam menumbangkan pemerintahan Barisan Nasional (BN) selama 61 tahun di Malaysia.

K1
sumber: malaysiakini

Ujar beliau, selepas menghabiskan banyak tahun bekerjasama dengan Mahathir, beliau memahami yang Tun M sangat mengambil berat tentang Malaysia. Beliau juga berkata perkongsian baru sangat penting untuk menangani sistem korup yang sudah melanda Malaysia.

“Selagi ada komitmen yang ikhlas terhadap prinsip-prinsip ini, kami sentiasa mengalu-alukan penyokong baru…”

K2
sumber: twitter

Bukan itu sahaja, Anwar juga dilaporkan menyatakan keyakinan yang beliau akan dapat bekerjasama dengan Tun M sekali lagi. Dengan pengampunan awal Anwar, nampaknya dapatlah kita melihat ia menjadi realiti tak lama lagi.

Kita tungguuuu…

Baca: TERKINI: Anwar Ibrahim Akhirnya Bebas!

Anwar Bebas 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.