in

Anak Pemandu Teksi Jelaskan Kenapa Ada Antara Mereka Sanggup ‘Pedajal’ Penumpang

Teksi Spad 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini isu mengenai pemandu teksi ini menjadi bualan hangat netizen apabila ada yang antara mereka yang kena ‘pedajal’ dengan sikap dan caj tambang yang mahal biarpun ingin ke destinasi berdekatan.


DIsebabkan itu, isu jadi meleret sampai mereka bandingkan perkhidmatan Grab. Susulan dengan kemeleretan terhadap reputasi buruk ini, anak kepada pemandu teksi cuba perjelaskan kepayahan pemandu-pemendu ini lalui yang ramai orang tak tahu.

Bila dah baca, patutlah ada yang sampai main cara kotor dan melakukan perkara-perkara terkutuk kepada penumpang!

 

Sehari kena bayar permit dan sewa teksi sampai RM70

Teksi Spad
Sumber : blog

“Aku banyak baca tweet pasal kutuk teksi. Since bapak aku bawak teksi, aku mungkin faham kenapa sesetengah teksi taknak pakai meter, memilih pelanggan nak pergi jauh je. Sebab sehari kena bayar permit dan sewa teksi sampai RM70. Susah gila nak survive.

Tu baru permit dengan sewa. Belum lagi minyak nak kena cover. Nak maintenance teksi lagi. Lepas tu nak bagi makan anak bini lagi. Mungkin pemandu teksi yang pandai manage financial je yang takkan buat perkara-perkara terkutuk tu.”

Disebabkan caj harian sebanyak RM70 itu menyukarkan mereka untuk ‘survived’. Bagaimanapun, sebagai pelanggan sudah semestinya ia bukanlah satu masalah bagi penumpang.

Bagaimanapun, ia bukan faktor utama untuk mereka ‘ketuk’ penumpang kan? Selain itu, Elmi juga ada cerita sistem ini seolah-olah berat sebelah.

 

Sistem cuma nak menguntungkan sesetengah pihak je. Bukan semua orang

Meter
Sumber : mstar

“Tapi kita sebagai pengguna mestilah taknak ambil tahu pasal kepayahan yang dialami pemandu teksi ni semua. Kita nak jaga diri sendiri je. Sebab takde siapa nak pakai kasut orang lain. Aku rasa permit dan sewa teksi ni dah boleh slow-slow dikurangkan harganya.

Dah lah permit teksi ni tak boleh nak buat permit persendirian suka hati je. Ada dia punya tempoh bagai semua. Sistem cuma nak menguntungkan sesetengah pihak je. Bukan semua orang”

Tambahnya lagi, caj harian RM 70 itu juga sebenarnya akan di kenakan termasuklah, hari cuti. Bila dihitung balik memang banyak jumlahnya.

 

RM 70 kalau sebulan dah berapa? Sabtu Ahad atau cuti tetap kena bayar.

Meteron
Sumber : sinar harian

“RM70 sehari kalau sebulan dah berapa? Sabtu Ahad weekend cuti ke apa ke kau tetap kena bayar RM70 sehari tu.

So kalau plan nak cuti, kau kena advance kerja supaya boleh cover hari cuti tu.

Gaji minimum RM1,100. RM70 x 30 hari = RM2,100.?

Boleh fikir sendiri kot”

Baru faham, itu sebab lah Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad pernah menegaskan bahawa beliau sendiri rasa tak adil dengan sistem grab.

Sistem mereka yang berbeza, sebab itu lah ramai pemandu teksi anggap pemandu grab ‘curi’ pelanggan. Apa pun biarlah pihak berkuasa tentukannya.

Hurmm, tapi perkhidmatan dari segi layanan pun kenalah elok juga ye. 

 

Baca : Perangai macam ni la grab boleh cari makan” – Sebab Kenapa Orang Ramai Menyampah Nak Naik Teksi

Grabteksi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.