in

“Kalau tak nak saya jadi PM, saya hari ini letak jawatan” – Tun M Kesal Sikap Biadap Pemandu Teksi

Drm 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan rasa kesal terhadap sikap biadap pemandu teksi dengan meninggalkan sesi dialog selepas enggan menerima


Mereka bertindak meninggalkan sesi dialog selepas enggan menerima penjelasan beliau berkaitan isu GRAB.

Bahkan ada yang mengeluarkan kata-kata kesat dan membuat bising sebelum keluar dewan ketika Dr. Mahathir memberikan perjelasan berhubung isu e-hailing.

 

Kalau tak nak saya jadi Perdana Menteri, saya hari ini letak jawatan.

Tunm Langkawi
Sumber : twitter

“Saya nak tolong tapi kalau tak ada bantuan…saya pun tak boleh tolong juga. Kalau tak percaya saya boleh buat, buat sendiri. Tengok apa yang jadi. Saya bukan nak jadi Perdana Menteri, saya dah bersara…orang panggil balik, jadi saya datang.

Kalau tak nak saya jadi Perdana Menteri, saya hari ini letak jawatan. Tak ada masalah bagi saya.”

Menurut Berita Harian, Dr Mahathir berkara GRAB akan diminta menggunakan kenderaan yang diluluskan kerajaan, membayar insurans dan membayar cukai sama seperti teksi bagi memastikan persaingan adil.

 

Saya tidak boleh bagi jaminan hapuskan GRAB.

Drm
Sumber : twitter

“Saya pernah membangkitkan perkara ini dalam Kabinet…saya beritahu Menteri (Pengangkutan) supaya memperbetulkannya, tetapi malang sehingga kini tiada kemajuan langsung.

Saya akan usaha lagi…saya pun rasa tidak adil. Perkara ini dalam perhatian saya tetapi saya tidak boleh bagi jaminan hapuskan GRAB, tetapi kita boleh samakan mereka dengan teksi.”

Sesi Dialog Bersama Pemandu Teksi Langkawi itu dihadiri oleh 200 pemandu teksi Langkawi yang mendakwa pendapatan mereka terjejas ekoran perkhidmatan GRAB yang dikatakan ‘mencuri’ pelanggan

 

Ayahanda, jangan bersedih – Syed Saddiq

Syedsaddiq
Sumber : twitter

Dalam masa yang sama, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman juga turut menyelar tindakan biadap mereka menerusi laman twitter rasminya.

 

Baca : Perangai macam ni la grab boleh cari makan” – Sebab Kenapa Orang Ramai Menyampah Nak Naik Teksi

Grabteksi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.