in

“Hasmah telah pergi lebih sebulan…” – Luahan Tun Mahathir Undang Sebak Ramai

Tun Mahathir Ft

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap kehilangan pastinya meninggalkan rasa rindu yang sukar digambarkan, lebih-lebih lagi apabila insan yang pergi itu sudah lama menjadi peneman hidup.

Namun, ingatan serta doa daripada orang sekeliling pastinya membawa makna yang cukup besar buat mereka yang masih merasai kehilangan.


Terbaharu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkongsi satu kenyataan ringkas merakamkan ucapan penghargaan kepada mereka yang hadir menziarahi pusara isterinya, Allahyarhamah Tun Hasmah Mohamad Ali.

Dalam hantaran yang bertajuk ‘Terima Kasih Sekali Lagi’ itu, Tun Mahathir meluahkan rasa terharu dan berterima kasih atas kehadiran serta doa yang diberikan buat Allahyarham isterinya.

“Hasmah telah pergi lebih sebulan tetapi masih ramai yang menziarah pusaranya. Saya merasa amat terharu dan berterima kasih dengan kehadiran serta doa yang tidak putus-putus untuk Hasmah,” luah beliau.

Artikel berkaitan: “Tun nampak makin sihat” – Diziarahi Tuanku Raja Perlis, Ramai Bersyukur Lihat Keadaan Terkini Tun M

Artikel berkaitan: “Ada yang lebih 2 kali, ada yang hampir setiap hari” – 21,000 Ziarah Pusara Tun Hasmah Sepanjang 13 Hari Pertama

Dalam perkongsian itu, beliau turut memohon maaf kerana tidak berkesempatan untuk kerap mengunjungi pusara isterinya atau bertemu sendiri dengan mereka yang datang menziarah.

Bukan itu sahaja, Tun Mahathir turut menghargai setiap surat dan ucapan takziah yang diterima, namun mengakui tidak mampu membalas semuanya satu persatu.

“Saya cuba jawab seberapa mampu,” tulis beliau ringkas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial)

Perkongsian tersebut nyata mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen. Ramai pastinya memahami bahawa kehilangan pasangan yang telah menemani kehidupan selama puluhan tahun bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui.

Rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat dan mahukan Tun Mahathir memberikan perhatian kepada kesihatan dirinya.

Screenshot 2026 11 04 145257 Screenshot 2026 11 04 145316 Screenshot 2026 11 04 145330

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.