Semenjak tayangan episod pertama pada Ahad lalu, program All Together Now Malaysia (ATNM) telah mendapat kecaman netizen yang mendakwa berlakunya perlanggaran SOP dalam program tersebut berikutan selebriti yang terlibat dilihat tidak memakai pelitup muka.
Malah tak dijangka juga, bekas peserta Akademi Fantasia 5 yang juga anak kepada Menteri Pertahanan, Dafi Ismail Sabri dilihat turut serta dalam program tersebut.
“Kau tu anak menteri, tunjukkanlah contoh yang baik”
Susulan itu, ramai di kalangan netizen telah menyerbu posting Instagram Dafi berkaitan program tersebut dan meninggalkan pelbagai komen kritikan dan teguran berkaitan penyertaannya dalam program berkenaan.
Ada di antaranya meminta Dafi untuk ‘sedar diri’ bahawa dia merupakan anak seorang menteri dan harus menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat. Malah ramai juga yang meminta Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengeluarkan saman terhadap Dafi.
“Kami faham DS busy tapi hal ini sangat sensitif untuk rakyat”
Dalam pada itu, ada juga netizen yang meminta Datuk Seri Ismail Sabri untuk lebih sensitif berkenaan isu SOP ini walaupun ia melibatkan anaknya sendiri.
https://www.instagram.com/p/CP2hJy-trs1/?utm_medium=copy_link
Walau bagaimanapun, menurut Berita Harian semalam, pihak Astro telah menggantung program realiti nyanyian ANTM berikutan terdapat siasatan dakwaan perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).
Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, nasib program yang menampilkan 50 juri itu akan diketahui selepas siasatan KKMM selesai.
Tambahnya lagi, rakaman ATNM juga telah dilakukan pada Mac lalu di Putrajaya sebelum perlaksanaan PKP 3.0. Produksi tersebut juga telah mengambil ujian calitan ke atas semua individu yang terlibat sebelum rakaman bermula.
“Hanya individu berstatus negatif sahaja dibenar meneruskan rakaman,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Apa-apapun kita tunggulah sehingga siasatan kes selesai.
Baca: Viral Dipercayai Tiada SOP, MKN Arah SKMM Siasat Program TV 50 Juri