in

Viral Dipercayai Tiada SOP, MKN Arah SKMM Siasat Program TV 50 Juri

All Together Now Astro Ria 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sehubungan dengan viral isu diperkatakan di media sosial mengenai sebuah program hiburan yang ditayangkan baru-baru ini di saluran tv tempatan menjadi kemarahan netizen, pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) terpanggil akan isu ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Rabin Basir berkata, pihak MKN mengarahkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) untuk melakukan siasatan keatas program atas dakwaan langgar SOP.


 

Kita sudah maklumkan perkara ini kepada KKKM dan kementerian berkenaan sedang meneliti keseluruhan aspek rakaman program.”

All Together Now Astro Ria

Katanya lagi, KKMM akan mengambil tindakan sewajarnya samada berlaku sebarang pelanggaran SOP sepanjang rakaman atau tidak. Rancangan yang menampilkan 50 orang juri itu dilihat tidak memakai pelitup muka sepanjang ianya berjalan difahamkan dibuat ketika PKPP sekitar 3 Mac hingga 11 April lalu.

Tambah Mohd Rabin lagi, tindakan penguatkuasaan masih boleh diambil jika berlaku sebarang ketidakpatuhan SOP ditetapkan, walaupun rakaman program terbabit sudah selesai, katanya menerusi Berita Harian.

Untitled Design 2021 05 25T182522 202

“Rakaman rancangan ini dipercayai dibuat ketika arahan PKPP dikuatkuasakan sebelum ini, tetapi tetap ada syarat perlu dipatuhi seperti pemakaian pelitup muka dan sebagainya.

“Kalau ada pelanggaran dia boleh diambil tindakan. Walaupun benda itu (rakaman program berkenaan) sudah berlaku, ia timbul di media atau sebagainya, polis tetap akan siasat,” katanya.

 

Baca : “Ambillah kedai runcit sebagai ganti” -Peniaga Buntu Tak Dapat Bayar Kompaun RM50k, Rumah Sewa Dah 7 Bulan Tertunggak

Kr

Sumber: Google Image
Sumber: Google Image

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.