in

Anak Mati Dilanggar Bapa Yang Guna Handphone Masa Memandu

Page 7 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Akibat tidak mengambil serius mengenai penggunaan handphone semasa memandu, seorang kanak-kanak berusia empat tahun menjadi mangsa bapanya sendiri pada minggu lepas di Sidoarjo, Jawa Timur.


B1 2
gambar hiasan

Menurut Coconuts, seorang bapa yang dikenali sebagai KF telah menghantar anaknya MS ke sekolah namun, tidak mengiringinya sendiri sehingga ke dalam. Semasa MS sedang berjalan di depan kereta bapanya, KF tidak perasan dan terlanggar anaknya tu.

MS yang termasuk sehingga ke bawah tayar kereta belah kanan disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan.

B4 1
sumber: okezone news
B2 1
gambar hiasan

Walaupun tiada sebarang dakwaan difailkan buat masa ini tetapi pihak polis percaya bahawa sebab sebenar KF tidak nampak MS di depan kereta adalah kerana suspek sedang sibuk menggunakan handphone.

Jika perkara tersebut dapat dibuktikan, KF akan didakwa kerana menyebabkan kematian anaknya atas sebab kecuaian.

Disebabkan insiden ini, Polis Trafik Indonesia mengatakan bahawa mereka akan meningkat kesedaran ramai tentang bahaya menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Mereka juga menyarankan supaya pegawai trafik untuk lebih tegas apabila terlihat pemandu sedang menggunakan telefon semasa memandu.

Bahaya…. Tak pasal-pasal nyawa anak terbang.

Nota: Gambar yang digunakan adalah sekadar hiasan.

Baca: Lelaki Kecoh Disaman Polis Hanya Sebab Guna Waze, Padahal Sebenarnya…

Page 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.