in

Lelaki Kecoh Disaman Polis Hanya Sebab Guna Waze, Padahal Sebenarnya…

Page 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni almost semua orang yang memandu akan guna aplikasi navigasi Waze, betul tak? Especially kalau nak elakkan traffic jam, memang elok guna Waze ni sebab dia selalu bawa korang guna jalan yang kurang sesak dan tak banyak kereta guna.


Tapi menurut Sinar Harian, ada seorang lelaki ni kecoh hebohkan kat laman sosial yang dia kena saman polis sebab guna aplikasi Waze. Benda ni tular lepas rakaman suara lelaki tu cakap yang dia kena saman tersebar kat laman sosial.

“Nak bagi tahu sesiapa yang menggunakan Waze tak kiralah tengah on My Car atau pun tak tahu jalan ke, pegang ke gantung ke tetap tak boleh, kena saman,” kata lelaki tu dalam rakaman suara.

“Saya pun tak tahu kenapa. Saya dah kena saman sebab tengok Waze.”

30652321 355248238329508 4029420390190153728 N
sumber: facebook

Selain daripada rakaman suara, lelaki tu juga ada sertakan gambar salinan surat saman yang diterima waktu kena saman kat Jalan Puchong Perdana. Tapi lepas benda ni tersebar, ramai la terfikir takkan sebab guna Waze je dia kena saman?

Tampil nak beri penjelasan tentang hal ni, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari memberitahu yang pengguna jalan raya tu bukan disaman sebab guna Waze, tetapi atas kesalahan yang lain.

“Bukan disaman kerana guna Waze (aplikasi navigasi) tetapi saman kerana pemandu terbabit memegang telefon bimbit semasa memandu. Saman berkenaan bukan kerana dia gunakan Waze atau apa sahaja aplikasi dalam telefon bimbit,” kata Azlin.

Tipkanje Prilikom Voznje
gambar hiasan

“Saya sudah semak dan teliti perkara ini. Saman berkenaan dikeluarkan kerana individu berkenaan didapati sebelah tangannya memegang telefon bimbit semasa memandu.”

Menurut Azlin lagi, kalau telefon bimbit yang korang guna untuk tengok Waze tu diletakkan pada pemegang telefon bimbit atau kat dashboard, tak ada masalah pun dan tak menjadi satu kesalahan. Jadi korang lepas ni make sure kena tahu undang-undang dan jangan main tuduh marah-marah polis. Dorang buat kerja dorang je nak pastikan kita semua selamat!

So Waze still boleh guna masa korang drive. Cuma yang paling penting is korang make sure letak telefon bimbit di tempat yang sepatutnya masa memandu dan sentiasa berhati-hati di atas jalan raya.

NOTA: Gambar atas kiri hanya sekadar hiasan.

Baca: Aplikasi GRADUAN x Waze Memudahkan Penganggur Mencari Kerja. Muat Naik Sekarang!

Wazw

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.