in

Anak Jutawan, Rakan Maut Dalam Nahas Pesawat Terhempas Selepas Sambut ‘Bachelorette Party’ di Dubai

Page Jet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malang tidak berbau. Tiada manusia di dunia ini yang tahu bila saat kematian mereka. Ajal dan maut semuanya terletak di tangan Tuhan.  Ahad lalu (11 Mac 2018), seorang anak jutawan maut dalam nahas pesawat bersama rakan-rakannya dalam perjalanan pulang daripada sambutan bachelorette party.


Jet5
sumber: evening standard

Menurut Business Insider, Mina Basaran, 28, yang juga terkenal di Instagram antara salah seorang yang maut dalam nahas jet persendirian milik keluarganya di Iran. Jet Bombardier Challenger 604 itu dikatakan telah terhempas di Gunung Zagros, Iran dan mengorbankan 11 orang termasuk 7 rakan Mina serta 3 kru.

Jet1
sumber: business insider
Jet4
sumber: twitter

Ketika kejadian, Mina dan rakan-rakannya dalam perjalanan pulang dari Dubai ke Istanbul selepas mereka menyambut bachelorette party bagi meraikan Mina yang bakal berkahwin dengan tunangnya, Murat Gezer yang merupakan pemilik rantaian kedai cetak pada 14 April akan datang.

Jet6
sumber: facebook
Jet3
sumber: al-jazeera

Sementara itu, jet tersebut dilaporkan jatuh dengan drastik dalam masa beberapa minit sahaja dan saksi memberitahu ianya sudah pun terbakar semasa masih di udara. Difahamkan, kotak hitam telah berjaya ditemui dan siasatan masih dijalankan bagi mencari punca jet persendirian itu terhempas.

Bapa Mina, Huseyin Basaran merupakan jutawan dan pengerusi Basaran Investment Holding yang memiliki beberapa perniagaan kecil dan saham dengan bank serta terlibat dalam beberapa projek pembinaan. Mina merupakan sosialit terkenal yang mempunyai seramai 85,000 pengikut di Instagram dan adalah pewaris perniagaan ayahnya.

Jet2
sumber: evening standard
Jet7
sumber: evening standard

Salam takziah buat keluarga Mina.

Baca: 10 Tragedi Mati Lemas Ketika Memancing Yang pernah Berlaku di Malaysia

Gg 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.