in

10 Tragedi Mati Lemas Ketika Memancing Yang Pernah Berlaku di Malaysia

Page Tragedi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan berita tragedi lemas ketika memancing yang berlaku di Sungai Gasi berhampiran Kem Tentera Sungai Buloh. Kejadian yang berlaku pada petang semalam berpunca daripada arus deras yang kuat susulan daripada hujan lebat.


Buat masa ini sebanyak tiga mayat telah ditemui dan operasi mencari mangsa yang lain sedang giat dijalankan. Kes ini bukanlah kali pertama kerana tragedi seperti ini pernah berlaku. Perkara ini bukanlah pertama kali berlaku di Malaysia, malah sebelum ini terdapat 10 tragedi mati lemas ketika memancing yang pernah berlaku di Malaysia.

 

1. Sungai Dedap, Yan, Kedah

Kejadian yang berlaku pada 4 Februari 2017 ini telah melibatkan mangsa bernama Muhammad Aril Shahputra Abdullah yang baru sahaja berusia 7 tahun. Arwah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah selepas lemas terjatuh ke dalam sungai ketika memancing bersendirian di tebing Sungai Dedap di Yan, Kedah.

Lemas1
sumber: utusan
Lemas2
sumber: harian metro

 

2. Pulau Asam di Kampung Sungai Sekawang, Negeri Sembilan

Tragedi yang melibatkan anggota polis ini telah berlaku pada 24 Mac 2017 di mana mangsa, Noramirul Ashraf Rahmah, 27, telah lemas ketika meredah air laut untuk mendapatkan penutup kotak sejuk beku yang dihanyutkan ke laut. Noramirul yang merupakan anggota polis Cawangan Khas Bukit Aman telah cuba diselamatkan rakannya namun gagal.

Lemas3
sumber: sinar harian
Lemas4
sumber: utusan

 

3. Sungai Sedili, Kota Tinggi

Kejadian lemas ini berlaku kepada seorang pemancing yang terjun ke dalam sungai bagi menyelamatkan botnya daripada dihanyutkan arus deras pada 9 April 2017. Mayat Azizi Amir, 45, telah ditemui nelayan satu kilometer dari tempat dia dilaporkan terjun. Sebelum insiden berlaku, difahamkan arwah sedang memancing bersama rakannya.

Lemas6
sumber: berita harian
Lemas5Blur
sumber: sinar harian

 

4. Sungai Pahang

Faizal Mokhtar merupakan mangsa kejadian yang berlaku pada 3 Jun 2017. Arwah dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh dari bot ketika memancing di Sungai Pahang dan ditemui terapung di Kampung Pasir Panjang, Bera pada 5 Jun 2017. Bot gentian kaca yang dipandu mangsa seorang diri dipercayai terbalik selepas terlanggar tali empangan pasir.

Lemas7
sumber: utusan
Lemas8
sumber: facebook

 

5. Pulau Pasir Putih, Empangan Semenyih

Insiden ini melibatkan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang bernama Amer Nur Rashid Abdul Rashid yang lemas selepas bot memancing dinaikinya bersama sembilan rakan lain terbalik dalam perjalan ke Pulau Pasir Putih, Empangan Semenyih kira-kira jam 11 malam pada 28 Julai 2017.

Lemas10Blur
sumber: utusan
Lemas9
sumber: berita harian

 

6. Kamunting, Perak.

Tragedi ini telah berlaku ke atas Mohamad Rizuan Mohamad Yazid, 18, yang lemas ketika sedang memancing di sebuah lombong di Kamunting pada 5 September 2017. Remaja tersebut dilaporkan tidak sedarkan diri dan meninggal dalam perjalanan ke Hospital Taiping. Mangsa dipercayai tergelincir ketika turun untuk mengambil joran yang tersangkut.

Lemas11Blur
sumber: utusan

 

7. Bahau, Negeri Sembilan

Tragedi lemas ini telah menimpa ke atas dua orang adik beradik yang masih muda akibat tergelincir ke dalam kolam tadahan air ketika memancing di Kampung Padang Lalang, Bahau pada 15 November 2017. Mangsa, Muhammad Solehudin Mohd Nasir, 6, dan Ainul Batrisyah, 10, ditemui pasukan bomba dan disahkan meninggal dunia di hospital.

Lemas12
sumber: berita harian
Lemas13
sumber: berita harian

 

8. Sungai Perak, Lenggong

Kejadian yang menimpa dua rakan, Muhammad Faliq Fadzil, 26, dan Amirul Asyraff Abdullah, 24, telah berlaku pada 18 November 2017  di Sungai Perak, Lenggong selepas bot yang disewa mereka berdua untuk memancing karam akibat terlanggar tunggul kayu. Mayat arwah ditemui beberapa hari selepas kejadian, 100 meter dari satu sama lain.

Lemas14Blur
sumber: berita harian
Lemas15
sumber: harian metro

 

9. Kuala Kedah

Mangsa kejadian, Lam Yat Seng, 39, ditemui lemas selepas terjatuh dari bot ketika memancing di pelantar ikan Kuala Kedah pada 9 Disember 2017. Mayat mendiang telah ditemui kira-kira 50 meter dari pusat kawalan bomba berhampiran lokasi mangsa terjatuh. Lam ditemui nelayan ketika menghidupkan enjin botnya selepas dua hari tersadai di situ.

Lemas17Blur
sumber: blog
Lemas16Blur
sumber: harian metro

 

10. Kampung Sungai Makmur, Plentong, Johor Bahru

Muhammad Fareezuan Anuar, 12, merupakan mangsa lemas ketika memancing di Kampung Sungai Makmur, Plentong pada 14 Disember 2017. Difahamkan adiknya Mohd Fahim Iqmal, 9, turut terjatuh ke dalam sungai, namun diselamatkan oleh mangsa yang kemudian maut selepas gagal berpaut dan dibantu rakan-rakannya.

Lemas20
sumber: sinar harian
Lemas19
sumber: harian metro

Aktiviti memancing yang bertukar tragedi ini sememangnya tidak dapat dijangka dan berada di luar kawalan sesiapa. Mungkin pengajaran boleh diambil daripada tragedi yang berlaku, namun perlulah sentiasa diingat bahawa ajal dan maut terletak di tangan Tuhan.

Takziah diucapkan kepada keluarga kesemua mangsa yang terlibat dalam tragedi ini dan semoga urusan dipermudahkan dalam mencari mangsa tragedi di Sungai Buloh semalam.

Baca: 5 Tragedi Pesawat Terhempas Menggemparkan Negara dan Masih Kekal Misteri Hingga Kini

Pesawat Misteri 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.