in

“Aku yang fashion designer pun meluat tengok” – [Video] Netizen Puas Hati Tengok Rizalman Perli Vivy Di Instagram Live?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni, seorang pengusaha produk penjagaan kulit dan suplemen telah buatkan netizen berang lepas dia buat kenyataan tentang bantuan yang diterima oleh golongan B40 oleh kerajaan.


Namun apa yang membuatkan ramai kurang senang apabila beberapa usahawan lain termasuk Vivy Yusuf bersetuju dengan kenyataan usahawan tersebut hinggakan nama Vivy trending no 1 di Twitter semalam.

Selepas dihentam oleh netizen, Vivy telah pun membuat keputusan untuk memadam komen tersebut dan menjelaskan yang kata-katanya telah disalah ertikan. Vivy juga turut memohon maaf kalau-kalau ada orang yang tersinggung dengan kenyataannya itu.

Semalam, pereka fesyen, Dato’ Rizalman nampaknya turut panas hati dengan komen-komen yang dibuat oleh pengusaha-pengusaha berpendapatan besar ini.

Menurut Rizalman di IG Live, orang yang dah kaya-raya buat apa nak rampas bantuan yang diberikan oleh kerajaan untuk rakyat yang memerlukan.

Jadi kalau kita dah dok kaya raya ni nak pi rampas juga allocation depa ni, pasai apa? Tak payahlah. Paham ke dak?”

Kemudian Rizalman turut mengatakan walaupun netizen ni ramai yang tak mampu, tapi dorang tahu yang “orang-orang kaya” ni saja je suka menunjuk kekayaan dorang di media sosial.

https://www.instagram.com/p/B8NZ2PjgEh7/

Tak cukup dengan tu, Rizalman turut menyuarakan rasa tak puas hatinya dengan segelintir orang yang suka sangat nak show off kekayaan. Seperti contoh, bila datang beraya rumah orang dah sibuk menyanyi menari, bila nak tangkap gambar raya sibuk cari handbag sebab nak dok tayang kat orang.

Mai bila nak tangkap gambar raya, pakat-pakat cari, ‘eh where’s my handbag”. Nak tangkap gambaq raya pi pegang handbag buat apa? BAHALOL.”

Tambahnya lagi, raya adalah masa untuk merapatkan silaturrahim antara yang miskin dan yang kaya, bukan nak jauhkan lagi jurang dengan menunjuk kekayaan.

Aku yang fashion designer ni pun meluat tengok, apa tah lagi orang lain.”

Korang bolehlah tengok video penuh dekat bawah ni dan dengar sendiri macam mana Dato’ Rizalman marah.

Netizen pula kebanyakannya memang puas hati dengan cara Rizalman sekolahkan dorang ni dan rata-rata ada juga yang meneka salah seorang “orang kaya” yang dimaksudkan oleh Rizalman adalah Vivy Yusuf.

Marah betul Dato’ Rizalman. Takut min…

 

Baca: Vivy Yusof Dikecam Kerana Setuju Kenyataan Berbaur Menghina Golongan Miskin Ketika Covid-19?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.