in

“Ah bodo amat, nggak mau!” – Model Seksi ‘Asyik’ Berpesta di Kelab Malam Mengamuk Bila Polis Nak Test Urine

Mengamuk3

Baru-baru ini tersebar di internet satu video menunjukkan seorang wanita menimbulkan kekecohan di sebuah kelab malam di Bali.

Menurut Tribun, wanita itu adalah model seksi terkenal Indonesia, Messya Iskandar yang dikatakan mengamuk dan memarahi pegawai polis.

Model1
sumber: instagram

Pada Sabtu, 30 November baru-baru ini, sekumpulan pegawai polis bersama beberapa pasukan berkaitan telah melakukan operasi dekat sebuah kelab malam dekat wilayah Seminyak, Kuta di Bali.

Selepas serbuan dilakukan kira-kira jam 9.30 malam, ramai pengunjung di kelab malam tersebut diarahkan untuk menjalani ujian saringan air kencing. Namun, Messya dan rakan-rakan sebaliknya tidak mahu dan menengking pula anggota terbabit.

Marah2
sumber: tribun

Bapak mencurigai kami karena apa? Ah bodo amat, kita nggak mau, Jangan ya menuduh orang tanpa ada bukti.”

Kami datang ke sini visitor ya pak, kami nggak terima kalau diginiin.”

Bukan ke air kencing tu untuk dapat bukti? Lol

Menurut pegawai yang terlibat, Messya berada dalam keadaan mabuk dan persoal kenapa dia saja yang diarahkan untuk buat urine test. Padahal sebenarnya ramai lagi pengunjung lain yang perlu buat ujian tu.

Padahal kita acak tidak hanya dia. Kemarin yang diperiksa kan banyak tidak hanya mereka.”

Marah1
sumber: tribun

Selepas sejam bertelagah dengan pegawai, Messya dan kawan-kawannya terpaksa akur untuk buat ujian air kencing tersebut lepas diugut untuk dibawa ke balai polis.

Dia tidak mau tes urine di situ, terus kita mau bawa ke kantor polisi dia takut terus mau di tes. Bukan masalah negatif dan positifnya semuanya harus patuh hukum.”

Semua orang di depan hukum kan punya kedudukan yang sama, sebenarnya kalau di tes dia harus ikut dong, walaupun dia artis kan dia juga manusia.”

Mereka disahkan negatif dadah namun dilaporkan mabuk selepas mengambil minuman beralkohol berlebihan. Sikap kurang ajar Messya dan rakan-rakannya terhadap pegawai yang buat serbuan tu jadi bualan ramai netizen di sana.

Nasiblah pak polisi tu penyabar. Kalau tak lagi teruk bergaduh agaknya…

Baca: “Makan duit haram” – ‘Instafamous’ Hidup Mewah Hasil Samun Ditangkap, Rompak Barangan Mewah & Terlibat Dadah!

Samun