in

“Makan duit haram” – ‘Instafamous’ Hidup Mewah Hasil Samun Ditangkap, Rompak Barangan Mewah & Terlibat Dadah!

Samun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dah jadi kebiasaan kita tengok di media sosial instafamous yang banyak followers ini sering mempamerkan gaya hidup mereka yang mewah dan menggunakan barang-barang berjenama.


Namun agak mengejutkan jugalah bila viral satu posting di Twitter, seorang ‘instafamous’ ni hidup mewah hasil daripada duit merompak orang. Uish gilalah! 

 

“Anak beranak dah kena tangkap, instafemes pujaan ramai ni hidup mewah dengan hasil samun” 

Menurut posting yang beritanya juga dikongsikan page Facebook INFO Kemalangan 1 Malaysia, wanita tersebut merupakan antara 3 individu yang ditahan oleh pihak polis dalam sebuah operasi serbuan yang dipanggil OPS GM AYANG, semalam. 

Suspek juga difahamkan telah ditahan sekali bersama 2 suspek iaitu bapa dan kenalannya. Whaat?!

https://twitter.com/iamajayrahman/status/1192124748878114816

 

Rompak kereta mewah, telefon bimbit, wang palsu dan macam-macam lagi termasuk dadah! 

Hasil daripada serbuan tu polis telah berjaya merampas hasil rompakan seperti kereta mewah, telefon bimbit, wang palsu, jam tangan, kad penguatkuasa (polis, imigresen, SPRM) dan beberapa jenis dadah juga ditemui. Jumlah kesemua barang barang rampasan ialah sebanyak 71 unit!

74324785 2195897607377047 1906058201942458368 N

74345295 2195897674043707 7140987586117369856 N

76980248 2195897630710378 5113279903009079296 N
sumber: facebook

 

“Zaman sekarang bukan susah sangat nak jadi instafemes bagi perempuan, ada rupa sikit, pakai stylo and tudung singkat”

Rata-rata netizen yang membaca posting ini telah mengecam wanita tersebut yang licik dalam melakukan kerja mereka. Patutlah hidup mewah siap pakai kereta mahal lagi, rupanya kereta yang dipakai tu pun kereta curi!

Pemes
sumber: twitter

 

“Instafemes pujaan?? But why no one know her??? Who is this?” 

Dalam pada itu, ramai di kalangan netizen mengakui yang mereka tidak mengenali instafamous ini sungguhpun mempunyai 14,000 followers. Punyalah ramai instafamous kan, sampaikan tak terfollow semuanya kan. 

Who
sumber: twitter

Hmm netizen kat luar sana berpada-padalah kalau nak minat mana-mana instafamous tu. Malu je jadi macam ni. 

Baca: “Ni spesis acah pandai ke apa” – Kutuk Instafamous Pakai Sunscreen Waktu Malam, Netizen Ni Bakal Kena Saman Dengan Asyalliee?

Asya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.