7 Jenis Member Dalam Group Whatsapp! Korang Yang Mana?

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Zaman sekarang ni banyak messenger apps yang boleh kita guna macam WeChat, LINE, Telegram, atau Skype. Dalam banyak-banyak ni, orang kita ni masih jugak setia guna Whatsapp. Kat Malaysia ni memang pelik kalau kita dengar ada di antara kawan-kawan yang tak guna aplikasi Whatsapp, kan?

Boleh dikatakan semua orang yang kita kenal confirm gunalah Whatsapp ni. Ada orang yang sampai sanggup beli smartphone semata-mata untuk guna Whatsapp ni pun ada tau, jangan tak tahu! Bila dah ada Whatsapp ni, mesti ada banyaaak group Whatsapp yang korang join. Paling tidak pun tiga group la. Group family, group adik-beradik dengan group office tu boleh masuk level wajib.

Dalam setiap group Whatsapp pulak mesti macam-macam jenis member ada kat dalam tu. Antaranya macam yang kat bawah ni:

 

1. Silent reader

Dalam group tu confirm ada yang tak pernah bagi salam or cakap hai kat member-member lain, apatah lagi nak ucapkan hello atau salam perkenalan. Bila check siapa dah dapat mesej korang dalam group tu, mesti member yang sorang tu dah baca tapi dia bluetick kan aje. Tak tahulah dia lupa nak balas atau tak sure nak jawab apa, yang pastinya sampai kesudah tak balas-balas.

Sumber: Missanonymousknowsit

 

2. Suka forward mesej

Jenis member yang ni okay la kot daripada jenis member yang pertama kan. At least ada jugak contribution dalam group tu daripada hambar je sampai ke petang. Jenis member kedua ni suka sangat forward macam-macam mesej berunsur isu semasa, mesej lawak, ataupun dia bantai je hantar mesej merepek saje buat modal gelak sama-sama. Yang jenis macam ni mohon pastikan mesej yang dikongsi tu datang dari sumber yang betul, kalau tak sia-sia je lah dapat dosa free. Tak pasal-pasal nanti terlibat dengan fitnah pulak.

 

3. Suka guna emoji

Jenis member macam ni kita selalu rasa mesej dia penuh perasaan sebab ditambah dengan bermacam-macam emoji untuk luahkan kata-kata yang nak disampaikan tu. Mereka ni jugak tak nak bagi kita rasa kesunyian bila share something kat group so dorang respon guna emoji bila tak tahu nak balas apa. Tapi ada jugak yang jenis satu ayat tu semuaaa dia nak letak emoji. Kalau dah banyak sangat sampai orang tak faham, mungkin boleh kurangkan sikit guna emoji kot?

Sumber: Adarain

 

4. Malas taip

Jenis member yang ni suka sangaaat guna voice note untuk hantar mesej. Dorang ni either malas taip atau busy buat benda lain. Kadang-kadang bila waktu makan atau tengah drive tapi nak jugak balas mesej dalam group, time tu lah dorang akan bagi respon guna voice note. Tapi kalau dah banyak sangat voice note tu kadang-kadang rimas jugak….

 

 

5. Suka stalk DP orang lain

Jenis yang ni memang suka stalk DP (display picture) member-member lain dalam group Whatsapp tu macam takde kerja lain nak buat. Ada yang suka sangat check DP orang lain ni kebiasaannya sebab dorang nak tengok perkembangan terkini kawan-kawan dalam group tu. Maybe la kawan-kawan tu ada pergi bercuti ke, tiba-tiba kahwin tak jemput ke apa kan.

Sumber: Nairaland

 

6. Pencuri status

Bila dah ada yang suka tengok DP, mesti ada yang suka tengok status jugak kan. Agak-agak status orang lain macam menarik lebih sikit dari dia punya, senang-senang je dorang ambil buat jadi status sendiri. Kadang-kadang boleh share kat media sosial siap tanpa pengetahuan tuan punya status Whatsapp tu.

Sumber: Adarain

 

7. Admin suka invite ahli

Jenis yang terakhir ni adalah admin group Whatsapp yang suka sangat invite sesape entah masuk dalam group secara tiba-tiba tanpa kebenaran.Tengok-tengok korang tetiba dah jadi ahli group Geng Veteran Masuk Air. Pastu dalam tu tak berapa nak meriah, cukuplah pagi dapat mesej good morning pastu malam dapat mesej good night. Nak leave group kang terasa plak admin yang tolong invite tu walaupun better leave daripada semakkan barisan group Whatsapp yang dah sedia ada tu.

Sumber: Blog

Haaa jangan tak mengaku, korang yang mana satu?

Baca: 14 Jenis Manusia Kita Jumpa Kat Kenduri Kahwin

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Written by Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.