14 Jenis Manusia Kita Jumpa Kat Kenduri Kahwin

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Awal tahun macam ni tambah-tambah kalau musim cuti persekolahan Tahun Baru Cina nanti, pasti korang tak menang tangan nak penuhi undangan ke majlis perkahwinan, kan? Majlis perkahwinan merupakan satu upacara untuk meraikan pengantin di hari bersejarah mereka.

Sewaktu menghadiri kenduri ini, ramai yang mengambil peluang untuk berjumpa kenalan rapat sambil menjamu pelbagai juadah disediakan. Di kenduri kahwin ini jugalah terdapat pelbagai ragam manusia yang dapat kita lihat.

Berikut kami senaraikan jenis-jenis manusia yang korang boleh jumpa di kenduri kahwin:

 

1. Datang awal sangat

Memang seronok nak ke kenduri kahwin terutama jika yang berkahwin itu kenalan rapat atau kawan baik kita. Tapi seelok-eloknya datanglah pada waktu yang telah tertulis pada kad jemputan yang diedarkan. Ini lauk belum masak lagi tengok-tengok dah tercegat depan rumah. #excitedterlebih

Gambar hiasan

 

2. Tetamu tak diundang bilik pengantin

Pengantin perempuan biasanya akan dipersiapkan dalam bilik ini. Selalunya bukan pengantin dan mak andam je ada kat situ sebab golongan kedua yang biasanya terdiri daripada makcik-makcik sebelah rumah, anak-anak jiran dan tetamu yang datang awal pun sibuk nak tengok pengantin bersiap.

Gambar hiasan

 

3. Datang lambat 

Tetamu yang satu ni selalunya sampai bila lauk dah nak habis. Golongan ini mungkin lambat tiba kerana lokasi majlis agak jauh daripada tempat tinggal mereka ataupun stuck berjam-jam dalam trafffic. Kesiannya..takpelah, janji dah sampai kan?

Gambar hiasan

 

4. Tak sabar nak tengok pengantin

Golongan keempat ni suka sangat berasak-asak tunggu ketibaan mempelai ke perkarangan majlis sebab excited nak tengok pengantin. Bila pengantin dah duduk bersanding atas pelamin atau meja makan beradab, tenunglah selama mana korang nak sekalipun. #mohonbersabar

Gambar hiasan

 

5. Berebut nak tengok hiasan pelamin dan hantaran

Hiasan pelamin dan hantaran yang menarik selalunya membuatkan tetamu teruja untuk berkunjung ke majlis ini. Kepada golongan ini yang suka berebut-rebut nak tengok hantaran tu, jangan sampai terlanggar salah satu daripadanya dan rosakkan barang ye!

Gambar hiasan

 

6. “Lepas dia, dia lagi”

Kewujudan golongan ini terserlah bila time nak bergambar dengan pengantin atas pelamin. Sudahlah satu-satu gambar tu ambil masa yang lama, banyak pula pose yang nak digayakan. Orang lain pun nak bergambar jugak dik, kejap-kejap dah la. Ramai lagi beratur nak bergambar!

Gambar hiasan

 

7. Cedok lauk banyak

Rata-rata majlis perkahwinan zaman sekarang menyediakan juadah secara bufet. Dengan pilihan lauk pauk dan pencuci mulut yang membuatkan tetamu rambang mata, tak hairan wujudnya golongan ini. Tiga jenis lauk, lima jenis kuih, semuanya mereka nak cuba. Tapi dalam banyak-banyak yang diambil, hanya satu atau dua sahaja yang dimakan. #elakkanmembazir

Gambar hiasan

 

8. Bersembang gelak bising satu majlis

Memang seronok bersembang bila masing-masing dah lama tak jumpa. Tapi kalau dah satu dewan tu dengar suara korang je, itu mungkin boleh mengganggu ketenteraman awam dan buat orang sekeliling tak selesa.

Gambar hiasan

 

9. Tak reti beredar bila dah habis makan

Bila dah syok sangat bersembang, ada di antara tetamu yang tidak terus bangun daripada meja makan mereka setelah selesai menjamu selera. Dengan tempat duduk yang terhad, bersegeralah beredar daripada meja makan tersebut supaya tetamu lain pula boleh menggunakannya.

Gambar hiasan

 

10. Cari jodoh 

Golongan yang satu ni biasanya terdiri daripada kaum perempuan. Jika sebelum makan dah touch up muka, golongan ini tak lupa untuk touch up lagi selepas makan juga. Dilihat sentiasa memperbetulkan mekap setiap lima minit, golongan ini ibarat seperti datang kenduri nak cari jodoh.

Gambar hiasan

 

11. Matchmaker

Bila ke majlis perkahwinan sebegini, tak sah rasanya jika tak jumpa makcik yang suka betul kenenkan sesiapa sahaja dengan anak dia ataupun anak saudara sejurus selepas mengajukan soalan wajib, Turn kamu pula bila?”

Gambar hiasan

 

12. Jejak kasih

Golongan ini selalunya muncul bila tetamu berjumpa dengan kawan-kawan zaman sekolah atau saudara mara yang dah lama tak bertentang mata. Bila dah lama tak bersua muka, banyak perkara yang nak dikongsi dan bermulalah sesi catch up berjam-jam mereka.

Gambar hiasan

 

13. Kaki karaoke

Sekarang ramai yang menyediakan ruangan karaoke di kenduri kahwin bagi memeriahkan majlis. Waktu ini, ada tetamu yang mengambil peluang untuk mempamerkan bakat menyanyi masing-masing sebagai tanda ucapan tahniah. Semoga nyanyian korang tak buat tetamu lain terganggu semasa menjamu selera.

Gambar hiasan

 

14. “Doorgift tu wajib”

Ini merupakan salah satu daripada benda yang ditunggu-tunggu tetamu sebelum pulang dari kenduri kahwin. Dalam bekas doorgift dapat apa? Kau dapat doorgift tak? Golongan ni kalau tak dapat doorgift tu mahu diungkit tentang majlis perkahwinan tersebut sampai tahun depan tau!

Gambar hiasan

Haa jangan nak berdalih, korang mesti pernah buat at least salah satu daripada perkara ni. Korang yang mana satu? 

Baca: 7 Jenis Gelagat Ahli Keluarga dan Saudara Mara Yang Anda Akan Temui Setiap Hari Raya

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.