in

7 Filem Lakonan Ma Dong-Seok Yang Anda Wajib Tonton, Semua Best!

Untitled 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap orang pasti ada pelakon kegemaran mereka sendiri. Bagi penulis sendiri, jika sesebuah filem itu dibintangi oleh Amerul Affendi, memang filem itu wajib ditonton! Tiada satu filem pun yang hambar kalau dia berlakon.


Lain pula buat filem Korea Selatan, kita semua boleh bersetuju bahawa sesebuah filem itu pasti akan pecah panggung jika dibintangi oleh Ma Dong-Seok.

47C14300F6Be48809Cdc15E54Ad1E5Ea

Buat anda yang tidak mengenali sosok ini, Ma Dong-Seok ialah pelakon utama untuk filem Train To Busan yang pernah popular suatu ketika dahulu.

Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menetapkan kita semua untuk menetap di rumah, apa kata anda semua isi masa lapang dengan menonton filem lakonan Ma Dong-Seok.

Berikut adalah tujuh filem lakonan Ma Dong-Seok pilihan Lobak Merah:

(1) The Chronicles of Evil

Mengisahkan seorang detektif polis yang terbunuh seorang pemandu teksi ketika mempertahankan diri sendiri. Hidup detektif ini kemudian diganggu oleh seorang individu misteri yang mahu menghancurkan hidupnya.

Dalam filem ini, Ma Dong-Seok melakonkan watak sampingan, namun masih memberi kesan yang besar kepada penceritaan filem. Wajib tonton!

Tonton trailer di sini:

(2) Train to Busan

Rasanya tidak perlu untuk kita semua ulas lanjut berkenaan filem ini, Train to Busan pernah tular di Malaysia pada suatu ketika dahulu.

Mengisahkan perjalanan seorang ayah (Gong Yoo) yang menaiki kereta api bersama anak perempuannya, namun mereka diserang oleh zombie.

Tonton trailer di sini:

(3) Derailed

Filem ini mengisahkan watak pelakon Choi Minho (SHINee) yang menghadapi kesulitan hidup ketika masih dalam usia remaja. Untuk terus bertahan dalam hidup, dia menghantar teman wanitanya untuk menipu watak Ma Dong-Seok.

Berlaku beberapa pergelutan dan masalah di antara mereka, tonton filem ini untuk tahu lebih lanjut!

Tonton trailer di sini:

(4) Along with the Gods: The Last 49 Days

Filem ini memberi sedikit kelainan daripada filem kebiasaan yang dilakonkan oleh Ma Dong-Seok. Pelakon itu memainkan watak Tuhan, yang membantu dewa kematian untuk mencari memorinya yang hilang.

Secara peribadi, filem ini kelihatan agak unik kerana Ma Dong-Seok membawa watak yang bersahaja dan sedikit lucu.

Tonton trailer di sini:

(5) The Outlaws

Mula ditayangkan pada tahun 2017, filem ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton di Korea Selatan.

Filem ini mengisahkan permusuhan di antara kumpulan gangster Korea dan China yang berebutkan satu kawasan di Seoul.

Ma Dong-Seok melakonkan watak seorang detektif yang diberi arahan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Buat anda yang gemarkan filem bergenre aksi, wajib tonton filem ini!

Tonton trailer di sini:

(6) Unstoppable

Mengisahkan seorang gangster lagenda yang sudah cuci tangan daripada dunia kongsi gelap dan mahu hidup secara normal.

Namun, semuanya berubah apabila isterinya diculik dan dia terpaksa menjadi dirinya yang lama semula.

Tonton trailer di sini:

(7) The Gangster, The Cop, The Devil

Filem ini baru sahaja ditayangkan pada bulan Mei tahun lepas. Dengan kutipan pecah panggung sebanyak 25.8 juta USD, filem ini merupakan antara filem terbaik daripada Korea Selatan pada tahun 2019.

Mengisahkan sebuah kumpulan kongsi gelap yang bekerjasama dengan seorang detektif polis untuk menangkap seorang pembunuh bersiri.

Pertaruhan di antara dua pihak ini mudah sahaja, pembunuh akan menjadi milik siapa yang lebih pantas.

Tonton trailer di sini:

Buat anda yang sudah tonton filem-filem di atas, tinggalkan ulasan anda di ruangan komen untuk rujukan pembaca lain. Selamat menonton!

 

BACA: Ini 5 Filem Korea Yang Boleh Buat Korang Menangis Tak Cukup Tisu

Capture 27

Sumber: Viki

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.