in

Ini 5 Filem Korea Yang Boleh Buat Korang Menangis Tak Cukup Tisu

Cats 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Filem daripada Korea Selatan sentiasa mendapat sambutan ramai kerana kualiti dan jalan penceritaannya yang menarik. Ditambah pula dengan barisan pelakon yang kacak dan cantik, tidak hairanlah filem-filem Korea sentiasa menjadi kegilaan penonton Malaysia.


Buat anda peminat filem Korea, ini senarai 5 filem Korea pilihan Lobak Merah yang boleh buat anda tangkap leleh!

1. Miracle in Cell No. 7 (2013)

1 13

Jika anda seorang yang hati keras dan kental apabila menonton filem sedih, Miracle in Cell No. 7 ini pasti akan tewaskan keegoan anda.

Filem ini mengisahkan seorang orang kurang upaya (OKU), Lee Yong Gu yang dituduh melakukan jenayah dan terpaksa berpisah daripada anak kesayangannya untuk dimasukkan ke bilik penjara nombor 7.

Apa yang menyedihkan dalam filem ini adalah hubungan dan kasih sayang seorang ayah kepada anaknya yang tidak terbatas.

Ekoran mendapat sambutan ramai, filem ini juga mempunyai adaptasi dalam versi Filipina, dengan jalan cerita yang sama namun barisan pelakon yang berbeza.

Trailer filem ini:

Pelakon: Park Shin Hye, Ryu Seung Ryong, Kal So Won

Rating IMDb: 8.2/10

2. My Annoying Brother (2016)

2 9

Ketika trailer filem ini dikeluarkan pada suatu ketika dahulu, ramai yang menyangka My Annoying Brother akan membawakan genre komedi. Tapi jangan tertipu, filem ini boleh buat anda menangis tau!

My Annoying Brother mengisahkan Doo Young, seorang atlet Judo kebangsaan yang kehilangan penglihatan selepas satu kejadian di pertandingan.

Abangnya, Doo Shik menggunakan situasi adiknya untuk keluar dari penjara dan dia banyak mengambil kesempatan di atas kekurangan Doo Young.

Trailer filem ini:

Pelakon: Do Kyungsoo (EXO), Jo Jung Sook

Rating IMDb: 7.3/10

3. Salut D’Amour (2015)

3 8

Salut D’Amour ini sesuai buat mereka yang gemarkan kombinasi cinta, drama dan plot twist dalam sesuatu filem.

Filem ini mengisahkan Kim Sung Chil, seorang warga emas yang bekerja di sebuah kedai runcit dan Im Geum Nim, seorang wanita yang baru sahaja berpindah ke kawasan Sung Chil.

Geun Nim menyatakan minatnya terhadap Sung Chil dan seluruh penduduk di kawasan itu membantu dia untuk mengejar cintanya.

Trailer filem ini:

Pelakon: Park Geun Hyung, Youn Yuh Jung

Rating IMDb: 7.3/10

4. A Moment To Remember (2004)

4 4

Filem ini berkisahkan seorang wanita kaya yang jatuh cinta dengan lelaki biasa, namun cinta wanita ini dihalang ayahnya yang tidak memberi restu kepada perhubungan mereka.

Filem ini mungkin nampak cliche buat anda, namun jalan penceritaan dan dialog yang berkualiti dalam A Moment To Remember pasti akan membawa anda ke dunia mereka. Sediakan tisu!

Trailer filem ini:

Pelakon: Son Ye Jin, Jung Woo Sung

Rating IMDb: 8.2/10

5. Cart (2014)

5 4

Filem ini mengisahkan Sun Hee, seorang ibu yang bekerja keras untuk menyara dua anaknya meskipun dia hanya bekerja di sebuah pasar raya.

Sun Hee sentiasa berharap agak dia dapat dinaikkan pangkat selepas usaha dan kerja keras yang dilakukannya selama ini, namun lain pula yang terjadi apabila majikannya menukar kontrak beliau.

Kisah Sun Hee sesuai untuk dijadikan pengajaran buat para penonton apabila dia mempertahankan hak diri sendiri selepas ditindas orang atasan.

Trailer filem ini:

Pelakon: Yum Jung Ah, Moon Jung Hee

Rating IMDb: 6.7/10

 

 

BACA: Bosan Duduk Rumah? Ini 8 Filem Terbaik Thailand Pada 2019 Yang Korang Wajib Tonton

Page

Sumber: Pinterest
Sumber: Amino
Sumber: HanCinema
Sumber: IMDb
Sumber: AsianWiki

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.