5 Filem Misteri Korea Paling Best Korang Wajib Tonton, Confirm Puas Hati!

Tambah ke Sumber Pilihan
5 Filem Misteri Korea Paling Best Korang Wajib Tonton, Confirm Puas Hati!

Perfileman Korea makin mendapat tempat di kalangan penonton antarabangsa kerana keunikan jalan ceritanya serta sinematografi yang cantik. Selain K-Drama, banyak juga filem-filem menarik dari Korea Selatan yang menjadi kegemaran ramai.

Malah buat pertama kalinya pada tahun 2020 yang lalu, filem Parasite telah berjaya memenangi Anugerah Akademi untuk kategori filem terbaik, ini membuktikan yang memang dorang tahu apa yang dorang buat.


Jadi, kalau korang sukakan filem suspen, misteri dan jenayah, ada banyak filem dari Korea Selatan yang korang boleh tengok dan confirm buat korang puas hati. Dekat bawah ni, min akan senaraikan antara filem misteri Korea yang memang wajib korang tengok!

Filem Misteri Korea Paling Best Korang Wajib Tonton

1. The Wailing

Sinopsis: Di sebuah kampung di Goksung, Korea Selatan, seorang pegawai polis Jong-Goo sedang menyiasat pembunuhan tragik yang berlaku disebabkan oleh penyebaran penyakit misteri. Semua ini terjadi selepas seorang stranger dari Jepun datang ke kampung tersebut.

Kalau korang nak tahu apa punca penyakit misteri menyerang kampung ni dan siapa dalang disebaliknya, korang kena tengok sendiri okay?

2. Memories of Murder

Sinopsis: Pada tahun 1986, dua orang detektif ‘kampung’ telah diarahkan untuk menyiasat dua pembunuhan yang berlaku di kawasan mereka. Namun bila beberapa lagi pembunuhan telah berlaku dengan cara yang sama, mereka mula menyedari yang dorang sebenarnya sedang cari pembunuh bersiri pertama yang dilaporkan di Korea.

Kalau korang nak tahu, filem ni diadaptasikan dari kes sebenar tau dan ia merupakan pengarah yang sama dengan filem Parasite. Rugi tak tengok.

3. Burning

Sinopsis: Jong-su telah terjumpa kawan lamanya yang pernah tinggal di kawasan yang sama Hae-mi, selepas bersembang, Jong-su telah bersetuju untuk menjaga kucing kawan perempuannya itu sepanjang dia berada di Afrika.

Ketika menjaga kucing tersebut, Jong-su mula membayangkan tentang hubungannya dan Hae-mi yang akan menjadi lebih rapat selepas kepulangan wanita itu dari Afrika namun kecewa bila wanita ini telah membawa pulang seorang lelaki bernama Ben bersamanya.

Kerana cemburu, Jong-su mula curiga dengan Ben dan tak disangka-sangka dia telah mendapat tahu tentang hobi pelik lelaki tersebut. Adakah Hae-mi dalam bahaya?

4. A Tale of Two Sisters

Sinopsis: Selepas beberapa tahun dirawat di hospital mental, gadis ini akhirnya dapat bersama semula dengan adik kesayangannya. Mereka telah kembali ke rumah bersama bapa dan ibu tirinya. Namun begitu, dua adik beradik ini mula mengalami perkara-perkara seram dan mimpi ngeri sepanjang di sana. Kejadian ini mula membawa kepada pendedahan yang tak disangka…

5. Oldboy

Sinopsis: Dae-su seorang kaki botol sering ditahan di dalam lokap. Satu hari, dia telah ditangkap dan bangun di dalam sebuah bilik berkunci dan hanya bertemankan sebuah TV. Selepas 15 tahun terkurung, dia telah dibebaskan secara tiba-tiba. Dae-su kemudian cuba mencari orang yang menahannya itu dengan klu dari rasa dumpling yang diberikan setiap hari kepadanya dan nama restoran yang dia nampak dari cebisan resit. Agak-agaknya siapa yang berdendam sangat dengan dia?

Kalau korang nak tahu, Hollywood turut membuat semula filem ini menggunakan pelakon-pelakon mereka sendiri tapi bagi min memang tak ada tandingannya dengan versi Korea ni.

So, filem mana satu korang nak tengok dulu?

Sumber: Ranker

Baca: Ini 5 Filem & Siri Pilihan Menarik Di Tonton Sepanjang Bulan Ramadan

Qalbox Latest

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Nadia Ghafar
Lagi tulisan Nadia

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

5 Filem Misteri Korea Paling Best Korang Wajib Tonton, Confirm Puas Hati!
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/5-filem-misteri-korea-paling-best-korang-wajib-tonton-confirm-puas-hati/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM