in

6 Filem Korea Terbaharu 2023 Yang Patut Kaki Wayang Tengok

Filem Korea

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika anda gemar menonton filem Korea seperti Parasite dan Train to Busan, mesti anda akan teruja dengan senarai filem-filem terbaru dari negara itu untuk tahun 2023 ini.


Korang yang kaki wayang memang wajib tengok kesemua movie yang akan kami kongsikan ini.

#1 Unlocked 

Filem yang menampilkan Im Si-Wan yang memegang watak antagonis bernama Oh Joon-yeong.

Watak Lee Na-Mi pula telah dipegang oleh Chun Woo-Hee yang merupakan seorang wanita yang bekerja sebagai pegawai pemasaran di sebuah syarikat kecil.

 

Suatu hari, dia telah kehilangan telefon pintarnya ketika tertidur di dalam sebuah bas.

Dia kemudiannya mengguna telefon sahabatnya untuk menghubungi telefonnya jikalau ada orang awam yang terjumpa telefonnya itu.

Telefonnya itu telah ditemui oleh Oh Joon-yeong dan dia telah menggunakan aplikasi fake voice ketika mengangkat panggilan Na-Mi.

Lelaki itu kemudiannya berpura-pura bekerja di pusat membaiki telefon untuk mendapatkan akses ke telefon Na-Mi.

Hidup Na-Mi mula menjadi sengsara setelah dia mendapatkan telefonnya semula.

Nak tahu adakah Na-Mi berjaya melepaskan dirinya daripada genggaman Oh Joon-yeong, pastikan anda tonton filem ini di Netflix.

#2 Dream 

Filem yang menampilkan Park Seo-joon dan IU ini mengisahkan tentang pemain bola sepak professional iaitu Yoon Hong Dae yang terpaksa menjalani tempoh percubaan disiplin selepas terjebak dalam satu insiden.

Sepanjang tempoh itu, dia kemudiannya terpaksa menjadi jurulatih sebuah pasukan bola sepak yang rata-rata pemainnya merupakan golongan gelandangan.

6 2

Pelbagai cabaran terpaksa dilaluinya untuk melatih sepasukan yang tidak tahu bermain.

Filem ini difahamkan masih belum ditayangkan di Malaysia.

Apa-apa pun, tonton dulu trailer filem komedi sukan ini.

#3 Broker 

Walaupun filem ini telah ditayangkan di pawagam Korea Selatan pada tahun lepas, namun ia boleh dikatakan antara filem yang masih baru yang wajib ditonton oleh peminat filem genre komedi.

Ia menceritakan kisah dua orang lelaki yang mencuri bayi yang diletakkan di tempat perlindungan anak baru lahir (baby box) selepas diabaikan oleh ibunya.

Sepatutnya bayi yang ditinggalkan di baby box itu akan dijaga oleh pihak gereja namun dua orang lelaki itu telah mencuri bayi-bayi itu untuk dijual di pasaran gelap.

Paling best, ada IU dan Song Kang-ho yang membintangi filem Parasite jugak dalam filem ni tau!

#4 The Ghost Station 

Filem seram dan misteri ini pula mengisahkan seorang wartawan dan rakannya yang menyiasat kematian-kematian misteri di Stesen Oksu.

Tak perlu risau, filem Korea ini sedang ditayangkan di Malaysia dan anda boleh tontonnya di pawagam GSC terdekat.

#5 Ditto 2022 

Filem Korea ini pula merupakan remake dari filem dengan judul yang sama pada 2000.

Ia mengisahkan tentang dua orang pelajar universiti yang sama namun berbeza zaman di mana salah seorang dari mereka berada di tahun 1999, manakala seorang lagi pula berada pada tahun 2022.

8 1 1

Namun, mereka dapat berkomunikasi antara satu sama lain menggunakan radio dan persahabatan mula terjalin antara mereka berdua.

#6 Switch 

Suka kan filem Korea bergenre komedi? Memang patut masukkan filem Switch ini dalam movielist anda.

Kisah bermula dengan watak Park Gang yang merupakan seorang pelakon popular namun sering terjebak dengan skandal.

Suatu hari, kehidupannya tiba-tiba berubah apabila entah bagaimana, dia menjadi seorang lelaki biasa dan mempunyai seorang isteri dan anak.

7 3

Manakala pengurusnya pula telah bertukar menjadi pelakon popular menggantikan dirinya.

Nak tahu macam mana kehidupan dorang ni boleh bertukar, kena la tonton filem Switch sampai habis.

Baca: Bermula Dengan Cinta Lokasi, Ini 6 Pasangan Selebriti Korea Yang Berkahwin Setelah Berlakon Bersama

F3 Krcpl

Sumber: IMDb
Sumber: IMDb
Sumber: Asian Wiki

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.