in

5 Jenayah Yang Pernah Gemparkan Korea Selatan & Filem Yang Dibuat Berdasarkan Kisahnya

Collage 7 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang suka tengok filem dari Korea Selatan, korang mesti tahu yang dekat sana, dorang sering buat lakonan semula untuk jenayah-jenayah kejam seperti pembunuhan dan rogol.


Ini kerana, lakonan semula yang dilakukan oleh suspek ini boleh digunakan untuk menilai pengakuan semasa perbicaraan serta mendapatkan bukti yang lebih lagi bagi mendakwa seseorang.

Lakonan semula jenayah ini merupakan satu prosedur di mana jenayah tersebut akan dilakonkan semula di tempat jenayah sebenar berlaku dan biasanya lakonan semula ini boleh ditonton oleh media dan orang awam.

Tindakan ini bagaimanapun boleh dikatakan telah melanggar hak kemanusiaan ekoran suspek biasanya akan menghadapi cacian dan hinaan dari orang ramai yang melihat perkara tersebut.

Namun begitu, sejak tahun 2018, lakonan semula ini telah dianggap tak berapa penting dan kalau ada dibuat pun, ia akan dibuat tanpa pengetahuan orang awam kecuali jika jenayah tersebut menjadi satu kontroversi atau kejam.

Jadi, pada artikel kali ini, kita akan tengok beberapa jenayah besar yang pernah menggemparkan Korea Selatan sehingga dibuat filem.

Artikel berkaitan: 5 Filem Misteri Korea Paling Best Korang Wajib Tonton, Confirm Puas Hati!

Artikel berkaitan: 6 Filem Korea Terbaharu 2023 Yang Patut Kaki Wayang Tengok

1. Pembunuh bersiri Hwaseong (1986-1991)

Kes ini bermula pada 19 September 1986 di daerah Hwaseong apabila seorang wanita warga emas, Geyonggi-do yang berusia 71 tahun telah ditemui mati dipercayai dicekik dan dalam keadaan separa bogel.

Kemudian, di antara 1986 sehingga 1991, terdapat 10 lagi wanita yang telah dirogol dan dibunuh dan semuanya berlaku dalam jarak 2km dari Taen-eup di daerah Hwaseong.

Untuk pengetahuan korang, kes ini merupakan pembunuhan bersiri pertama dilaporkan di Korea Selatan dan ditambah dengan pembunuh yang bebas selama bertahun-tahun ini membuatkan penduduk di sana tinggal dalam ketakutan.

Walaupun seramai 1.8 juta pihak polis telah terlibat dalam siasatan ini dengan 3,000 suspek telah disiasat, kes ini masih tak dapat diselesaikan.

Kemudian, pada September 2019, satu DNA dari tempat jenayah telah dipadankan dengan seorang lelaki bernama Lee Chun-jae yang sedang menjalani hukuman penjara di Busan kerana membunuh dan merogol isteri abangnya pada tahun 1994.

Lee Chun-jae kemudiannya telah mengaku menjadi dalang untuk semua pembunuhan yang berlaku di Hwaseong di mana dia telah membunuh seramai 14 orang dan melakukan gangguan seksual sebanyak 34 kali.

Pada Julai 2020, pihak polis mengesahkan yang sebanyak 14 pembunuhan dan 9 kes gangguan seksual dapat disahkan melalui testimoni lelaki ini termasuk DNA yang ditemui pada mangsa.

Tapi memandangkan statut pengehadan semua jenayah ini telah tamat tempoh, kes siasatan telah ditutup tanpa apa-apa hukuman. Pihak polis pula telah mengesahkan bahawa Lee Chun-jae mempunyai masalah psikotik dan menggunakan wanita-wanita tersebut untuk memuaskan nafsunya.

Filem berdasarkan kes ini: Memories of Murder (2003)

Mv5Bogvintg4Ytktytq2Ni00Mtu0Ltk2Nwutmti4Otc1Ytm0Nzq2Xkeyxkfqcgdeqxvymdm2Ndm2Mq@@. V1

2. Frog Boys of Daegu (1991)

9Tdezr5D1Oylv87Hilpt6Sidzrzcaaog.png

Pada tahun 1991, sekumpulan pelajar tadika seramai lima orang yang tingga di Daegu telah dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah mereka untuk mencari telur salamander.

Kanak-kanak yang sedang cuti sekolah ini dilihat kali terakhir di kaki bukit Gunung Waryeong oleh rakan-rakan lain dan orang kampung sebelum hilang.

Selepas lima kanak-kanak ini hilang, ibu bapa mereka telah buat pelbagai usaha untuk mencari mereka termasuk membuat filem dan lagu tentang ‘Frog Boys’ bagi meminta bantuan orang ramai.

Walaupun telah mendapat arahan istimewa dari Presiden Korea Selatan pada ketika itu serta ganjaran sebanyak 42 juta won, semua kanak-kanak ini tetap tak ditemui.

Kemudian pada September 2002, 11 tahun dan enam bulan kemudian, empat mayat kanak-kanak dan lima pasang kasut telah ditemui di balik bukit Gunung Waryeong iaitu 500 meter di belakar tapak pembinaan.

Kumpulan forensik yang membuat bedah siasat ke atas mereka mengatakan yang kesemua kanak-kanak ini dipercayai telah dibunuh ekoran mereka telah diikat. Tapi sehingga sekarang, kes Frog Boys ini masih tak dapat diselesaikan.

Filem berdasarkan kes ini: Children… (2011)

3. Kes Sekolah Gwanju Inhwa

Kes seterusnya ini adalah mengenai pengetua dan beberapa guru dari sekolah Gwanju Inhwa iaitu sekolah untuk kanak-kanak yang cacat pendengaran. Pelajar-pelajar di sana didapati telah diserang secara seksual.

Beberapa pelajar di sana telah dicabul pada tahun 2000 namun jenayah yang dilakukan oleh pengetua dan guru-guru di sana hanya didedahkan lima tahun kemudian.

Kes ini mengambil masa yang lama untuk dilaporkan ekoran pengetuanya merupakan anak pengasas sekolah tersebut dan ahli keluarga lain mempunyai jawatan yang besar di sana.

Kemudian, pada Jun 2005, seorang guru yang baru dilantik telah memberitahu kumpulan sokongan hak asasi manusia dan siasatan polis telah pun bermula.

Semasa siasatan dan perbicaraan, satu jawatankuasa menentang keganasan seksual telah dibuat di mana ahli-ahlinya merupakan kumpulan sivik dan ibu bapa yang telah secara aktif meminta kes ini diselesaikan dengan melakukan mogok duduk dan mencukur kepala mereka sebagai tanda protes.

Bagaimanapun, antara lima suspek yang didakwa, seorang dari mereka telah didapati tidak bersalam, dua dibebaskan atas jaminan dan dua dari mereka dijatuhkan hukuman penjara dari 6 ke 8 bulan.

Insiden ini kemudiannya diketahui di seluruh dunia oleh satu buku bertajuk The Crucible da sebuah filem bernama Silenced. Selepas buku dan filem ini dikeluarkan, terdapat protes dari orang ramai di Korea sehingga satu bil bernama Crucible telah diluluskan bagi menguatkan hak kanak-kanak dan orang kurang upaya dalam kes gangguan seksual.

Sekolah Gwanju Inhwa telah ditutup pada 2012.

Filem berkaitan kes ini: Silenced (2012)

E90881 Deb439C161E84A89844E58E94A1F464Bmv2

4. Pembunuh bersiri Yoo Young-chul

Yoo Young Chul

Pembunuh bersiri Yoo Young-chul telah menggemparkan Korea Selatan apabila dia telah membunuh sekurang-kurangnya 20 orang warga emas atau wanita kaya dengan cara ganas menggunakan tukul dan pisau.

Jenayah yang dilakukannya ini berpunca dari rasa tak puas hati dengan orang kaya dan perasaan benci yang dia simpan selepas diceraikan oleh isterinya.

Yoo Young-chul telah berkahwin pada 1991 sebelum diceraikan pada 2002 sekaligus membuatkan kebenciannya kepada wanita bertambah.

Di antara tahun 1993 dan 1995, dia telah menerima rawatan di hospital untuk penyakit epilepsi. Kemudian pada November 2003, bekas teman wanitanya telah meninggalkan lelaki ini selepas mendapat tahu yang lelaki ini merupakan seorang bekas banduan dan duda.

Disebabkan kesemua faktor ini, ia telah membuatkan lelaki ini rasa tak adil dan mahu membalas dendam dan pakar percaya ini merupakan punca Yoo Young-chul mula menjadi pembunuh bersiri.

Pada September 2003, mangsa pertama Yoo, seorang profesor dan isterinya telah dibunuh di rumah mereka di Gangnam, Seoul.

Yoo kemudiannya telah membunuh satu per satu mangsanya sehinggalah Julai 2004. Walaupun terdapat seramai 20 mangsa disahkan telah dibunuh olehnya, dianggarkan mungkin terdapat lebih ramai lagi.

Yoo juga sangat berani dan teliti semasa melakukan jenayahnya ini dan dia telah meninggalkan hanya sedikit bukti. Dengan menggunakan tukul dan pisau sebagai senjatanya, dia kemudiannya akan membakar tempat jenayahnya bagi menghapuskan bukti dan tanam mangsa-mangsanya di bukit selepas memotongnya kepada beberapa bahagian.

Tak cukup dengan itu, Yoo juga turut memotong atau merosakkan cap jari mangsanya supaya proses pengecaman menjadi lebih sukar.

Filem berdasarkan kes ini: The Chaser (2008)

5. Cho Doo-soon

Pada Disember 2008, seorang penjenayah, Cho Doo-soon telah merogol dan mencederakan seorang kanak-kanak berusia 8 tahun di Ansan, Geyonggi-do.

Cho Doo-soon telah memperdaya kanak-kanak ini di sekolah dengan mengatakan yang mereka perlu pergi ke gereja. Selepas menculiknya, lelaki ini telah merogol kanak-kanak tersebut di tandas gereja.

Disebabkan serangan yang berlaku, kanak-kanak ini telah mengalami kerosakan yang sangat dahsyat terhadap badannya sehingga beberapa organ dalamannya telah terjatuh keluar.

Cho Doo-soon kemudiannya telah dihukum penjara selama 12 tahun selepas mengambil kira beberapa faktor yang menyebabkan kejadian ini berlaku seperti dia telah minum arak sebelum serangan tersebut dan mempunyai kelemahan mental dan fizikal.

Lelaki ini telah dibebaskan pada Disember 2020 dan diminta untuk memakai alat pemantauan elektronik di buku lalinya selama 7 tahun selepas dibebaskan.

Kemudian pada Mac 2024, lelaki ini sekali lagi diarahkan untuk dipenjara selama tiga bulan selepas dia gagal mematuhi arahan untuk memakai alat pemantauan tersebut.

Filem berdasarkan kes ini: Hope (2013)

Sumber: creatrip

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.