in

65,000 Pampers Tiruan Dirampas di Sebuah Kilang di Sungai Petani

Popo 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masih belum reda lagi kisah susu tiruan yang menyebabkan bayi naik merah-merah dan mengeluarkan najis berdarah, ada barangan bayi tiruan lain pula muncul di pasaran! Golongan tidak bertanggungjawab yang meniru produk-produk bayi ini nampaknya semakin rancak menjalankan kegiatan mereka di seluruh negara.


Menurut Harian Metro, sebanyak 65,000 keping lampin pakai buang tiruan bernilai RM17,299 telah dirampas oleh Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Sungai Petani dalam satu operasi di Kawasan Perindustrian Bakar Arang, Sungai Petani semalam.

Susu1 1
sumber: berita harian

Serbuan dibuat pada jam 1:30 petang itu bertempat di sebuah kilang lampin pakai buang yang dipercayai sudah menjalankan aktiviti pengeluaran barangan tiruan sejak dua tahun lalu.

“Hasil siasatan mendapati kilang yang sudah beroperasi sejak 24 tahun itu mula menjalankan perniagaan menghasilkan lampin pakai buang sejak dua tahun lalu dan dipasarkan di Rantau Panjang, Kelantan,” kata Mazlan Safar, Ketua KPDNKK Cawangan Sungai Petani.

Susu3
sumber: facebook

Penemuan ini ternyata menimbulkan kemarahan di kalangan netizen yang berpendapat bahawa ada sesetengah pihak tidak bertanggungjawab sengaja memilih untuk menghasilkan produk tiruan bayi kerana anak kecil tidak mampu untuk menyatakan rasa tidak selesa mereka sewaktu menggunakan produk tiruan.

“Pengeluar tak betul ni pilih produk bayi sebab mereka tahu budak kecil tu tak boleh complain macam orang dewasa, jadi ibu bapa kena alert dan berhati-hati bila membeli barangan bayi,” kata seorang netizen.

Susu2
sumber: facebook
Susu4
sumber: facebook

Mazlan turut memberikan amaran kepada mana-mana syarikat supaya tidak menjual atau mengedar produk tiruan di masa akan datang dan menyatakan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa yang melanggar undang-undang berhubung penjualan barang tiruan.

Terbaru, KPDNKK Kelantan pula telah merampas 169,259 keping lampin pakai buang berjenama tiruan bernilai lebih RM73,000 dalam tiga serbuan berbeza di Rantau Panjang, Wakaf Bharu dan Tumpat.

Susu5
sumber: harian metro

Serbuan tersebut dibuat selepas menerima laporan daripada pemilik jenama lampin pakai buang jenama POPO bahawa produknya telah ditiru dan dijual di pasaran Kelantan serta negara jiran. Pengarah KPDNKK Kelantan, Datuk Ab Ghani Harun memaklumkan bahawa tiada tangkapan dibuat kerana pemilik tiada di premis pada waktu itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011 kerana menggunakan, membekal, menawarkan, mendedahkan atau mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalan dengan cap dagangan berdaftar iaitu POPODRY.

Berhati-hatilah dalam membeli barangan bayi. Zaman sekarang ni banyak sangat produk tiruan yang boleh memudaratkan kesihatan anak-anak.

Baca: Hati-hati! Ibu Kongsi Tanda-tanda Anak Diracuni Susu Enfalac A+ Tiruan

Susussus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.