in

Hati-hati! Ibu Kongsi Tanda-tanda Anak Diracuni Susu Enfalac A+ Tiruan

Susu1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Hati-hati! Ibu Kongsi Tanda-tanda Anak Diracuni Susu Enfalac A+ Tiruan
Loading
/

Baru-baru ini kecoh di media sosial serta di berita mengenai susu formula bayi tiruan yang dijual terdapat di pasaran. Menurut mStar, sebanyak 210 kotak susu rumusan bayi yang disyaki tiruan telah dirampas di kedai ubat-ubatan dan kedai sebaneka pada minggu lepas.


Pemilik premis perniagaan tempat susu tersebut dirampas mendakwa tidak tahu langsung susu yang dijualnya adalah tiruan dan didapati invois pembelian susu rumusan bayi berkenaan turut menggunakan nama dan alamat syarikat palsu.

Baby7
sumber: harian metro

Susulan daripada siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa, seorang ibu akhirnya menyedari bahawa anaknya jatuh sakit pada Oktober lalu adalah kerana telah minum susu rumusan bayi tiruan berjenama Enfalac A+.

Wanita itu mengambil keputusan untuk berkongsi di Facebook berkenaan tanda-tanda anaknya telah diracuni oleh susu tiruan bagi memberi amaran dan peringatan kepada ibu bapa di luar sana supaya lebih berhati-hati.

Baby1
sumber: facebook

Seila Nawi memberitahu pada bulan Oktober yang lalu, anaknya, Mikael mula muntah-muntah sehingga sembilan kali dalam masa sehari. Pada awalnya, dia mengawasi keadaan anaknya dari rumah terlebih dahulu dengan harapan muntahnya akan reda.

Kemudian, kata Seila, muka dan badan Mikael mula naik merah-merah dan demam. Risau dengan keadaan anaknya, Seila memandikan kanak-kanak itu setiap kali kulit kemerah-merahan dan demamnya meningkat naik. Selepas itu, pada jam 3 petang, Seila mendapati anaknya mula lembik, terbaring dan enggan minum susu. Aduhai…

Baby2
sumber: facebook

Tanpa berfikir panjang, Seila bergegas membawa anaknya ke hospital untuk pemeriksaan. Dek kerana pasangannya tiada bersama pada saat itu, Seila bersyukur kerana dia masih sempat mengambil gambar dan merakamkan video setiap perkembangan yang berlaku terhadap anak mereka atas tujuan menunjukkan kepada suami.

Menurutnya lagi, Mikael telah dimasukkan drip ketika ditahan wad dan dilaporkan masih tiada selera serta enggan makan mahupun minum susu. Bukan itu sahaja, anaknya juga dikatakan mula cirit birit sebanyak 11 kali dan bau najisnya sangat busuk.

Namun, tanpa mengetahui susu tersebut merupakan tiruan, Seila tetap memberi anaknya susu berkenaan kerana menurut doktor, keadaan yang dialami Mikael masih belum dapat dikenal pasti puncanya.

Baby4
sumber: facebook
Baby5
sumber: facebook

elepas seminggu di hospital, anaknya mula berak berdarah dan sudah mula dimasukkan antibiotik. Dua minggu selepas itu, Mikael nampak sedikit aktif dan Seila kemudian meminta anaknya untuk dikeluarkan daripada wad.

Difahamkan, keadaan anaknya beransur pulih selepas mula meminum susu jenama yang sama tetapi dari tin yang baru dan dibeli di kedai yang lain. Nasib baik susu habis…

Baby3
sumber: facebook

Seila menasihati para ibu bapa supaya berhati-hati dan membeli hanya dari pasaraya AEON dan Tesco terlebih dahulu sehingga isu ini selesai. Dia akui kini telah menukar kepada susu lain kerana trauma dengan peristiwa yang terjadi ke atas anaknya itu.

Seila juga mengingatkan ibu bapa lain supaya segera membawa anak mereka ke hospital sekiranya terdapat simptom-simptom yang telah dinyatakan. Sehingga kini, Seila memberitahu bahawa Mikael masih dalam proses pemulihan daripada kemerahan di muka dan badannya mungkin masih lagi ada bahan aktif dalam susu tiruan itu yang belum habis keluar daripada sistem badan anaknya.

Difahamkan Seila telah membuat laporan kepada pihak berkuasa dan tidak mendedahkan nama kedai serbaneka yang menjual susu tersebut kerana masih menunggu siasatan selesai dan keputusan diumumkan.

Harap ibu bapa akan berhati-hati dan semoga kes ini selesai dengan cepat.

Baca: Wanita Kongsi Kisah Bayinya Disalah Diagnos Oleh Hospital Swasta di Kuala Lumpur

Baby8 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.