in

11 Perkara Korang Confirm Rindu Bila Teringatkan Zaman Sekolah

Page 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman persekolahan mungkin zaman paling bahagia dalam memori hidup kita. Waktu tu kita tak perlu risau pasal sewa rumah, assignments, kerja, harga petrol dan banyak lagi perkara yang boleh buat pening kepala. Korang mesti ada banyak kenangan indah waktu bersekolah dulu, kan?


So, kitorang confirm korang akan rindu perkara-perkara ni bila teringatkan zaman sekolah:

 

1. Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

Dulu kat sekolah ada hidangan RMT untuk murid-murid yang kurang berkemampuan. Tapi bukan murid-murid yang kurang berkemampuan je pergi makan makanan RMT tu, korang pun suka mencelah join makan sekali, kan? Bila kawan korang yang dapat RMT tu tak datang, mulalah korang mengendeng kat cikgu mintak nak gantikan dia. Betul tak?

Rmt
sumber: harian metro

 

2. Lori Milo

Waktu paling semangat datang sekolah mungkin adalah bila kita tahu ada lori Milo nak datang sekolah hari tu. Time tu belajar pun rasa gembira semacam je. Demi nak dapat minum Milo free punya pasal, sanggup beratur panjang ikut kelas masing-masing. Cikgu tak payah suruh beratur elok-elok pun, korang memang dah beratur macam polis nak berkawad.

Milo
sumber: blog

 

3. Susu segar

Ini satu lagi momen indah dalam hidup korang time kecik-kecik dulu. Zaman sekolah dulu siap kena tulis order lagi sorang nak berapa botol susu. Lepas tu kena pilih pulak perisa kegemaran korang. Waktu tu itulah keputusan paling susah nak buat dalam hidup korang, sama ada nak perisa coklat, jagung atau strawberi. Sekarang ni dah susah nak jumpa susu ni kan.

Sus
sumber: royalgram

 

4. Cikgu tak masuk kelas

Bila cikgu cakap hari ni dia ada mesyuarat so dia tak masuk kelas, time tu korang rasa macam nak bersorak kegembiraan, kan? Seronok lah tu tak payah belajar and sure-sure tak kena bawak balik kerja rumah. Tapi bila cikgu tak masuk kelas, mesti ada sorang pengawas ni akan jaga kelas tak nak bagi bising, nanti siapa buat kesalahan dia tulis nama korang kat kertas kasi kat cikgu. And semua benci pengawas tu haha!

Ikgu
sumber: sk kuala perlis

 

5. Projek Nilam

Siapa geng pernah dapat sijil Nilam? Betul ke korang baca buku banyak-banyak yang tulis kat buku Nilam tu? Nak penuhkan buku Nilam punya pasal, sanggup pergi perpustakaan setiap hari cari buku yang ada sinopsis kat belakang lepas tu salin bulat-bulat kat dalam buku Nilam. Haaa siapa pernah buat macam ni mengaku cepat!

Nilam
sumber: blog

 

6. Check gigi

Sekarang nak cabut gigi pun dah kena bayar puluh-puluh ringgit, dulu free je. Tak kisah la nak cabut gigi ke, nak buat tampalan ke, semua free je. Waktu ni jururawat akan datang sekolah bawak replika gigi besar tu, tunjukkan cara-cara yang betul untuk gosok gigi. Tapi korang tak pernah ikut, kan? Lepas tu dalam ramai-ramai kawan korang tu, mesti at least ada sorang yang takut sangat tunggu giliran untuk check gigi.

Gigi
sumber: rebanas

 

7. Suntikan BCG

Bila waktu kena terima suntikan BCG, time ni lah boleh tengok macam-macam ragam kawan-kawan korang. Ada yang menangis sebab takut nak terima suntikan, ada yang terkumat kamit baca doa sebelum terima suntikan, yang lari terus lepas tu cikgu kena pujuk pun ada. Salah satu cara nak tahu seseorang tu rakyat Malaysia ke tak, boleh tengok parut suntikan vaksin BCG kat lengan dia.

Bcg
sumber: blog

 

8. Hias kelas

Setiap minggu mesti ada pemenang kelas terbersih. Lepas tu yang menang tu mesti bangga sebab kelas dia paling cantik. Langsir cantik, meja kemas, ada hiasan bunga-bunga and duty roster siap berwarna-warni lagi. Bila cikgu datang check kelas korang, mesti semua sampah korang sembunyikan sebab takut dapat markah sikit.

Hias
sumber: faridah doya

 

9. Rombongan sekolah

Rindu pulak nak pergi rombongan sambil belajar macam kat sekolah dulu-dulu. Lokasi kegemaran lawatan sambil belajar kat sekolah ni selalunya Petrosains, Pusat Sains Negara, Muzium Negara, Zoo Negara, dan semua yang ada kaitan dengan negara. Waktu paling seronok is bila naik bas sekolah ramai-ramai dengan kawan-kawan dan mesti ada salah sorang kawan yang bawak kamera. So boleh la korang ambik gambar ramai-ramai.

Rombongan
sumber: blog

 

10. Hari Kantin

Hari kantin ni lah waktunya korang nak tunjukkan kemampuan berniaga dan bakat menjual korang. Mana taknya, setiap kelas diberikan tugasan untuk menjual minuman atau makanan dan paling best sekali, orang luar akan datang untuk jadi pembeli. Booth siapa paling banyak orang serbu, confirm dapat hasil jualan tiptop! Dan transaction hanya valid menggunakan kupon. Tak pakai cash okay!

Kupon
sumber: blog

 

11. Sambutan hari guru

Hari Guru ni seronok sebab apa? Sebab ada macam-macam aktiviti menarik pada hari tu yang kita boleh join contohnya macam persembahan kelas dan baca sajak untuk hargai guru-guru yang kita sayangi. Waktu tu kita akan sibuk mintak tolong mak atau ayah tolong belikan hadiah paling best untuk cikgu lepas tu tolong balutkan cantik-cantik jugak. Cikgu yang paling baik or paling kelakar selalunya akan dapat hadiah paling banyak.

Guru
sumber: astro awani

Waaaah rindunya perkara-perkara ni semua! Kalau boleh kembali zaman sekolah balik korang nak tak?

Baca: 7 Jenis Classmate Time Degree Yang Kita Semua Ada

Save

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.