in

7 Jenis Classmate Time Degree Yang Kita Semua Ada

Page F

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman degree merupakan antara time yang paling sweet untuk kita semua. Mana taknya zaman itu merupakan permulaan hidup sebagai orang dewasa, pergi kelas tak payah pakai uniform sekolah dah dan tak ada kerja sekolah perlu disiapkan hari-hari.


Aura dalam kelas pun lain daripada masa dekat sekolah. Susunan kerusi dan meja semua lain lah. Perangai classmate masa degree pun ada lain macam sikit kadang-kadang dari masa sekolah. Jom kita throwback 7 jenis classmate time degree yang kita semua ada.

 

1. Nak duduk depan je

Kelas time degree ni memang lain sikit dari masa dekat sekolah. Tempat duduk pun tak tetap. Kira first come first serve lah. So, ada antara classmate ni yang ada perangai datang awal dan sentiasa nak rebut duduk depan. Biasanya yang duduk depan ni yang jenis pandai-pandailah sebab nak bagi fokus masa lecturer tengah mengajar kat depan.

Klblur
gambar hiasan

 

2. Selalu datang lambat

Memang wajib ada at least sorang classmate korang yang selalu datang lambat. Setiap hari muka dia je yang lambat sampai lecturer pun dah kenal dia. Bila tanya, dorang ni memang jenis susah bangun pagi. Kawan kejutlah macam mana pun, mesti tak jaga sampai give up. Last-last dia lambat jugak pergi kelas.

Takde kawan macam tu? Maknanya korang lah yang selalu datang lambat. HAHA!

Giphy 1 1

 

3. Asyik main handphone

Yang ni memang jenis susah nak fokus dalam kelas. Dia sibuk je main handphone kat belakang tu. Lecturer ajar, habis semua tak masuk dalam otak. Mana taknya, duk balas Whatsapp awek je mana nak dengar. Lecturer pun nak dah naik muak dengan student macam ni. Lepastu dia ni jugaklah yang selalu terlepas tarikh hantar assignment.

Giphy 2

 

4. Tulis nota lengkap

Selalunya masa zaman kat sekolah je yang rajin buat nota guna pen macam-macam kaler ni. Tapi, yang jenis macam ni masih wujud dekat zaman universiti tau. Dorang ni memang rajin dan pandaaaaaai sangat buat mind map yang lawa-lawa. Dorang ni jugaklah golongan yang akan korang cari everytime ada test atau final exam. Sebab nota lengkap beb! Tabik spring weh!

Giphy 3 1

 

5. Pakai mekap macam nak pergi photoshoot

Dalam ramai-ramai student perempuan, sure ada sorang awek ni yang pakai mekap baik punya macam nak pergi photoshoot. Meke up on point beb! Baju pun macam-macam fesyen dia try. Kadang terfikir jugak, macam mana dia boleh sempat nak mekap bagai sebelum pergi kelas. Gigih weh, pukul berapa dia bangun?

Page F
gambar hiasan

 

6. Mengelat tak buat assignment

Masa kat U, lecturer memang selalu akan bagi kerja yang kena buat dalam group. Kadang-kadang mesti ada sorang yang kita kurang berkenan jadi salah sorang ahli group kita. Lepastu, classmate yang ni selalu mengelat tak buat assignment. Orang lainlah yang terpaksa buat bahagian dia. Nak harapkan dia? Tak payahlah… Ada saja alasan….

D7

 

7. Selamba ponteng kelas

Masa kat sekolah dulu mana boleh sesuka hati nak ponteng sekolah. Nanti for sure mak mengamuk. So, bila dah masuk degree, mak dan ayah pun duk jauh, dia pun selambalah tak datang kelas ikut suka hati dia. Lepas tu, bila dah habis semester, barulah nak menyesal sebab kena repeat kelas tu. Tapi nanti dia buat balik macam tu. Dia tau nak seronok je.

H
sumber: cari

Macam-macam classmate yang kita boleh jumpa kat dalam kelas masa time degree. Ada yang baik dan ada yang annoying. Apa-apapun, setiap masa dengan diorang ni akan sentiasa menjadi antara momen yang akan diingati sampai bila-bila.

Korang jenis macam mana?

Baca: Kenali 7 Jenis ‘Rakan Toksik’ Dalam Geng Yang Patut Kita Jauhi

Ops

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.