Sebelum ni selalu jugak kita dengar mengenai kemalangan melibatkan bas ekspres dan persiaran, lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan.
Tapi cerita yang admin nak kongsikan kali ini mengenai kemalangan bas lebih tepatnya bas pekerja atau mudahnya dipanggil bas kilang.
Bas masuk longkang akibatkan 11 maut
Sebelas pekerja termasuk tiga wanita maut selepas bas pekerja yang mereka naik terjunam ke dalam longkang sedalam 10 meter di Jalan S8 Pekeliling berhampiran MASKargo di Sepang malam tadi.
Memetik hmetro, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah berkata, siasatan awal polis mendapati bas yang membawa 43 penumpang warga asing yang juga pekerja kontrak MASKargo ketika itu dalam perjalanan ke tempat kerja dari asrama mereka di Nilai, Negeri Sembilan.
Kesemua pekerja yang menaiki terbabit dilaporkan sepatutnya masuk kerja syif malam iaitu pukul 12 tengah malam.
Siasatan awal mendapati bas terbabit hilang kawalan sebelum menjunam ke dalam longkang sedalam 10 meter.”
Dilaporkan kemalangan pukul 11.10 malam tersebut telah menyebabkan sembilan individu termasuk pemandu bas maut di tempat kejadian, manakala dua pekerja wanita meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Serdang.
“Daripada 11 individu yang meninggal dunia, lapan adalah lelaki, manakala tiga lagi wanita. Lima daripada mangsa adalah lelaki warga Bangladesh, dua lelaki warga Nepal, tiga wanita Indonesia dan seorang lelaki tempatan yang juga pemandu bas terbabit.
“Seramai 44 individu terbabit dalam kemalangan ini iaitu 12 warga Bangladesh, Nepal (14), Indonesia (14), Malaysia (2) dan seorang lagi mangsa belum dapat dikenal pasti identiti.
“Daripada jumlah itu, 32 mangsa adalah lelaki, manakala selebihnya adalah wanita,”
Asisten Komisioner Zulkifli berkata 34 penumpang yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Serdang, Hospital Putrajaya, Hospital Banting dan Hospital Kajang bagi mendapatkan rawatan susulan.
Menurut laporan, daripada jumlah tersebut 11 mangsa dalam keadaan kritikal, 14 separa kritikal dan 8 lagi tidak kritikal.
Katanya punca kejadian kemalangan maut itu masih lagi dalam siasatan dan kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Bahagian bas terpaksa dipotong untuk keluarkan mangsa tersepit
Sementara itu Ketua Zon Lima (Selangor Selatan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Nik Mohd Fadhil Salleh berkata seramai 38 pegawai dan anggota bersama tujuh jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA, BBP Cyberjaya dan BBP Sepang dikejarkan ke lokasi kejadian selepas mendapat panggilan pukul 11.16 malam.
Nik Mohd Fadhil memaklumkan, pihaknya terpaksa memotong beberapa bahagian bas terbabit bagi mengeluarkan masa yang tersepit.
“Sebaik tiba, kami mendapati bas berkenaan berada di dalam longkang berkenaan. Kami melakukan pemeriksaan di lokasi sebelum menstabilkan keadaan bas terbabit terlebih dulu bagi mengeluarkan mangsa.”
“Kami mengambil masa kira-kira satu jam bagi mengeluarkan mangsa menggunakan kaedah ‘hauling’ iaitu menggunakan tali penyelamat, tangga serta pengusung bagi membawa keluar mangsa.
Biar polis jalankan siasatan, jangan lah kita nak tuduh bas bawa laju ke apa okey.
Baca : Hiburan bertukar tragedi 2 Kanak-kanak Maut Diterbangkan Debu Syaitan Di Taman Permainan