in

“Hiburan bertukar tragedi” – 2 Kanak-kanak Maut Diterbangkan ‘Debu Syaitan’ Di Taman Permainan

Featured 5

Taman permainan bagi kanak-kanak merupakan syurga dunia buat mereka, di sanalah tempat mereka menikmati keriangan bersama kawan-kawan atau keluarga tercinta. Namun bagaimana sekiranya keriangan yang dipinta bertukar menjadi mimpi ngeri.

 

Kanak-kanak maut dilambung setinggi 20 meter ke udara

Itu yang berlaku di Wilayah Henan, China apabila 2 kanak-kanak dilaporkan maut manakala 20 yang lain cedera selepas taman permainan di wilayah tersebut dilanda ‘debu syaitan’..Allahu

2
Sumber : youtube

Memetik sumber Astro Awani, ribut debu tersebut telah menyebabkan Bouncy Castle melambung ke udara selama beberapa minit sebelum kanak-kanak yang berada pada permainan tersebut terjatuh pada ketinggian 20 meter.

Kalau korang nak tau betapa scarynya ribut debu tersebut, tengok video kat bawah ni :

https://www.youtube.com/watch?v=tB5d9SdvxFo

 

Dalam video berdurasi 1 minit 56 saat tersebut korang boleh tengok kawasan taman permainan tersebut menjadi kecoh apabila ribut udara melanda kawasan itu. Rata-rata mereka berusaha menyelamatkan diri dengan mencari kawasan yang selamat.

Malah dapat dilihat dengan jelas Bouncy Castle tersebut diterbangkan cukup tinggi selain kelihatan kanak-kanak yang cedera akibat tragedi tersebut.

3
Sumber : youtube
4
Sumber : youtube

5 1

Menurut laporan media tempatan, angin ribut itu berlaku sekitar tiga hingga empat minit dengan diameter kira-kira 10 meter.

Fenomena tersebut dikatakan sebagai ‘debu syaitan’ dan seringkali berlaku di wilayah tandus negara tersebut.

Ia terbentuk apabila poket udara panas meningkat dengan cepat melalui udara sejuk dari permukaan tanah.

Semoga semuanya baik-baik sahaja

Baca : Inilah Wajah-wajah Mangsa Tragedi Jumaat Berdarah Christchurch, Warga Twitter Sepakat Buat #49lives Sebagai Tribute

Www