in

“10.30 malam, ada wanita bawa anak ingin ziarah kubur Abam” – Ustaz Hanafiah Kongsi Kisah Malam Kebumikan Abam, Petanda Hebat Bersedekah

Penjaga Kubur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemergian anggota kumpulan Bocey, Abam atau nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan ini memang sangat terkesan bukan saja kepada sahabat rapatnya namun peminat di seluruh negara.


Banyak sudah kisah menakjubkan kita dengar mengenai Abam dan kehebatannya dalam amalan seperti bersedekah tapi kisah yang satu ni memang akan buat korang terkesan.

 

“Kisah penjaga kubur tentang ABAM” 

Menerusi posting Ustaz Hanafiah di Instagram, dia telah berkongsi sebuah video tentang pengalaman seorang penjaga kubur yang menjaga kubur Abam pada malam pengebumiannya.

Menurut penjaga kubur tersebut, sekitar jam 10.30 malam, datang seorang wanita membawa anaknya dengan menaiki motor, meminta izin untuk menziarah kubur Abam.

Pada saat itu, penjaga tersebut sudah ingin menutup pintu pagar tanah perkuburan tersebut, namun dek kerana wanita itu merayu, dia izinkan. Wanita itu memberitahu yang Abam telah menampung segala perbelanjaan sekolah anak-anaknya selama ini. MasyaAllah…

 

“Allahuakhbar… pengakhiran yang dicemburui” 

Kisah yang dikongsikan penjaga kubur ni ternyata menjentik hati netizen di luar sana tentang amalan baik yang dilakukan Abam sepanjang hidunpnya. Patutlah ramai yang menyayanginya. Allah juga sayang kepadanya.

Syurga
Sumber: instagram

Sebak campur terharu min baca perkara tentang Abam ni. Harapnya kita contohilah kebaikan Abam ni yang rajin bersedekah kepada mereka yang memerlukan. 

Baca: “Sahabat artis, belajarlah dari Abam” – Apa Saja Program Dakwah, Abam Sanggup Buat Walaupun Bayaran Tak Tinggi

Abam Dakwah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.