“Yang pakai saiz M keatas dikira Obesiti” – Influencer Dihentam Sebab Perlekehkan Saiz Badan Wanita Malaysia

Manusia memang takkan pernah puas dengan apa yang dia, tak kisahlah dalam bermacam jenis aspek , lebih-lebih lagi dalam bab saiz badan, ini sangat sensitif.

Sungguhpun ada antara kita yang mengamalkan konsep Love Yourself, masih ada lagi yang cuba mempertikaikan saiz badan individu macam seorang influencer ini.

Katanya wanita yang pakai baju saiz M ini dikategorikan gemuk.

 

Dalam Asia, S maknanya M, M maknanya L dan semua saiz M keatas tu dianggap obesiti”

Sumber : WOB

Menerusi WORLD OF BUZZ, wanita yang dikatakan seorang influencer itu ada muat naik satu post di Instastory miliknya. Dia menjelaskan bahawa wanita Malaysia yang memakai saiz M keatas disifatkan dengan wanita obesiti.

Mungkin niatnya nak menggalakkan wanita mengamalkan cara hidup yang sihat tapi cara dia nak gesa orang pergi ke gym dengan memperlekehkan fizikal seseorang tu mengundang kemarahan warganet.

Sumber : WOB

Influencer tersebut juga menggesa wanita lain bahawa saiz paling ideal untuk wanita asia terutamanya dalam Malaysia ini adalah XS sebab saiz badannya sekarang XXS. Gila apa!

Bukanlah apa kata-katanya itu telah membuatkan ramai kaum wanita yang akan down bila terpengaruh dengan kata-katanya. Dah lah kaum wanita ini sensitif dalam bab saiz badan.

Disebabkan banyak kritikan dan kecaman hebat diterima, wanita tersebut telah memadam akaun instagram dia.

 

Baca : “Macam langit dengan bumi” – Influencer Ini Dikecam Teruk Sebab Samakan Diri Dengan Arkitek Pasal Isu ‘Rate Card’

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.