in

“Balasan tersebut tidak sepatutnya tulis sedemikian rupa” – Opah Strawberi Mohon Maaf Panggil Netizen B*rua

Ft Scone

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pempengaruh dan usahawan scone terkenal, Zamzam Zulaikha Abu Shah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ika Opah Strawberi tampil memberi respon berhubung dengan beberapa isu yang melibatkan dirinya sebelum baru-baru ini.

Menerusi Threads, Zamzam tampil membuat permohonan maaf atas ketelanjurannya dalam membalas komen dengan menggunakan kata-kata kesat dalam satu hantaran berkenaan kesesakan lalu lintas di Cameron Highland.


Artikel berkaitan: Jualan Peniaga Jadi Tak Laku Lepas Tular Maki Netizen B40 Bar*a?

Artikel berkaitan: “Cepat betul sold out” – Penangan Tweet Khairulaming, Jualan ‘Scone’ Peniaga Kecil Ini Raih Lebih RM 17 Ribu Dalam Masa 5 Jam

Dia juga menyesali dengan tindakannya itu dan bertanggungjawab sepenuhnya, Zamzam mengatakan yang dia telah hubungi setiap netizen yang mendapat balasan bahasa kasar tersebut.

Screenshot 2026 06 16 174104

Dalam pada itu, Zamzam juga ada tampil bersuara berkenaan dengan isu yang mendakwa dirinya telah menghina golongan B40 dalam satu sesi live.

Menurutnya, dia langsung tidak merujuk kepada golongan tersebut sebaliknya ditujukan kepada akaun luar negara yang memasuko sesi siaran langsungnya.

Os 2 Os 3

Dalam hantaran tersebut, Kak Ika juga ada melampirkan keratan video yang tular dan video asal berkenaan dengan kenyataannya itu.

Dalam pada itu, Kak Ika menerima segala teguran dan anggap perkara ini sebagai satu pengajaran untuk lebih berhati-hati cara berkomunikasi di masa hadapan.

Sumber : Threads 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.