Siapa je tak bangga bila budaya dan warisan Malaysia mula dikenali sampai ke luar negara? Memang satu Malaysia akan teruja tengok!
Baru-baru ini, pempengaruh lifestyle dan beauty terkenal, Sofea Shra mencuri perhatian apabila menerima jemputan eksklusif ke London bagi menghadiri pelancaran produk terbaharu jenama kosmetik terkenal dunia, Huda Beauty.
Bukan calang-calang jenama, Huda Beauty sememangnya dikenali di peringkat antarabangsa dengan produk berkualiti tinggi serta personaliti pengasasnya, Huda Kattan yang sering dipuji kerana sikapnya yang mesra dan humble.
Artikel berkaitan: “Jadi meet & greet” – Siti Nurhaliza Datang Ke Rembayung Buat Kali Kedua Untuk Sambut Hari Jadi Pengurus
Artikel berkaitan: “Macam menyanyi dalam tandas” – Viral Sebab ‘No No Baby’, Persembahan ‘Live’ Denise Chariesta Dikecam Netizen
Sofea yang dikenali dengan perkongsian lifestyle dan makeup tips di Instagram serta TikTok turut berkongsi momen menarik sepanjang berada di London, sekali gus mencuri perhatian para pengikutnya.
Di dalam satu postingannya baru-baru ini, menunjukkan dia sedang menghadiri sebuah sesi meet and greet bersama Huda Kattan di London.
View this post on Instagram
Sewaktu sesi tersebut, Sofea Shra kelihatan sangat teruja apabila berpeluang bertemu dengan Huda Kattan sehingga tergamam dan ‘speechless’ untuk memberi reaksi di hadapannya.
Sofea tampil anggun mengenakan baju kebaya tradisional Malaysia ketika menghadiri sesi tersebut, sehingga mendapat pujian berulang kali daripada Huda Kattan yang terpesona dengan penampilannya.
Tidak datang dengan tangan kosong, Sofea turut menghadiahkan satu set baju kebaya tradisional Malaysia sebagai tanda penghargaan kepada Huda.

Reaksi Huda Kattan ketika itu mencuri perhatian netizen apabila beliau kelihatan lebih teruja untuk mencuba busana tradisional Malaysia sepanjang sesi tersebut.
“I would love to wear it”– kata Huda Kattan di dalam video tersebut
View this post on Instagram
Berikutan perkongsian tersebut, ramai rakyat Malaysia meluahkan rasa bangga dengan pencapaian Sofea Shra yang berjaya mencuri perhatian dunia sambil memperkenalkan budaya Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Sofea turut berkongsi bahawa dia merupakan satu-satunya tetamu undangan dari Asia Tenggara yang dijemput bagi menghadiri pelancaran eksklusif tersebut, sekali gus menjadikan pengalaman itu lebih bermakna dan istimewa.

