in

“Yang lagi sorang tu tahu pun takut” – Wanita Hamil 8 Bulan Tembak Mati Lelaki Yang Rompak Rumahnya

Wanita Hamilssss

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita yang sedang sarat hamil 8 bulan telah menggunakan AR-15 untuk membunuh seorang perompak yang memasuki ke dalam rumahnya di Florida.


Ar 15
Sumber: google

Dalam kejadian tersebut, dua orang perompak dilaporkan telah memecah masuk ke dalam rumahnya dan bertindak memukul suami wanita itu menggunakan pistol sebelum menyerang anak perempuan mereka.

Menurut Daily Mail, Jeremy King, 34, sedang berada di rumahnya di Lithia, Florida bersama isterinya berusia 31 tahun ketika diserbu oleh dua orang lelaki yang bersenjata dan kemudiannya memicu pistol di kepalanya sambil meminta wang.

Suspek bertindak ganas dengan menarik anak mereka untuk mengugutnya setelah Jeremy memberitahu yang mereka tidak mempunyai sebarang wang.

Jeremy turut memberitahu bahawa salah seorang perompak itu telah menyerangnya dengan menendang dia secara berulang kali di bahagian kepala.

Namun, semasa kejadian itu isteri mangsa yang sedang hamil 8 bulan tidak bersamanya, sebaliknya dia berada di bilik tidur. Wanita itu keluar dari bilik apabila mendengar kekecohan yang berlaku dan terkejut melihat ada dua orang perompak berada dalam rumahnya.

Wanita hamil balas tembakan

Bila wanita ini keluar sahaja dari biliknya, salah seorang daripada perompak itu telah melepaskan tembakan dan nyaris mengenainya.

Wanita itu lantas mengambil senjata api AR-15 yang pada ketika itu berada berhampirannya dan terus melepaskan tembakan ke arah perompak itu..

“Dia dengan cepat mengambil AR-15 yang berada berhampirannya dan mula menembak perompak-perompak itu.” kata Jeremy.

Nasib menyebelahi wanita itu kerana tembakannya tepat mengenai salah seorang perompak tersebut dan suspek mati ditempat kejadian. Namun seorang lagi suspek dikatakan berjaya melarikan diri. Takut kena tembak juga lah tu.

Mereka segera mengubungi pihak polis dan setibanya polis di tempat kejadian, polis mengesahkan bahawa suspek telah meninggal.

 

Jeremy telah mendapat lebih kurang 20 jahitan akibat luka dipukul oleh perompak. Dia juga berasa hairan kerana keluarga dan rumahnya menjadi sasaran perompak.

Pihak polis masih lagi mencari seorang lagi suspek yang dikatakan berjaya meloloskan diri.

Tahu pun takut yang lagi sorang tu. Senang-senang je nak merompak orang ye!

 

Baca: “Saya tak mahu duit puan” – Perompak Bersenjata Cium Dahi Warga Emas Untuk Tenangkannya Sebelum Selamba Merompak Kedai

Xksa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.