in

“Saya tak mahu duit puan” – Perompak Bersenjata Cium Dahi Warga Emas Untuk Tenangkannya Sebelum Selamba Merompak Kedai

Ciumlahdahiku

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Err ini memang pelik bin ajaib! 


Baru-baru ni, dua orang perompak dekat Utara Brazil katanya telah menyerbu masuk ke satu farmasi yang dimiliki oleh seorang lelaki dan makcik tua. Yelah kalau dah perompak masuk kedai kan, apa lagi yang nak dibuatnya? Merompaklah!

Namun menurut WORLD OF BUZZ, perompak yang ni ‘lain machiam’ sikit sebab dia katanya telah mencium dahi makcik tua di kedai tersebut. Laa apa hal pulak ni? 

 

“Tak makcik, makcik boleh duduk diam. Saya tak mahu duit makcik” 

Footage dari CCTV menunjukkan salah seorang daripada perompak sedang buat pemeriksaan badan kat penjaga kedai dan menyuruh lelaki itu menunduk dengan tangannya diletakkan ke kepala.

Pemilik kedai yang dikenali sebagai Samuel Almeida berkata, lelaki terbabit masuk ke dalam kedainya dan minta penjaga kedai untuk berinya semua duit yang ada.

Giphy 5
sumber: wob

Tak lama lepas tu, seorang perompak lagi datang dengan sepucuk pistol dan dia dilihat memberi arahan kepada rakannya sebelum makcik tersebut datang mendekati mereka.

Makcik tua yang tinggal di sebelah farmasi tu pergi kepada suspek dan memberitahu yang dia nak lelaki tu ambil semua duitnya juga.

Macam mana pun, lelaki yang bersenjata tu tepuk bahu kiri makcik tu untuk menenangkannya dan mencium pulak dahi makcik tu sementara rakannya yang lagi seorang tengah merompak kedai tersebut. Wow! 

Tak makcik, makcik boleh duduk diam, saya tak mahu duit makcik,” kata lelaki tu.

Giphy 1 1
sumber: wob

Perompak tu berjaya melarikan wang sebanyak $240 (RM1,005) dari farmasi tersebut bersama beberapa barang lain.

Sehingga setakat ini mereka masih belum ditangkap dan polis masih memburu suspek yang dipercayai tinggal di kawasan tersebut juga.

Min pun tak tahu nak react macam mana. Dalam jahat-jahat dia, ada jugak sisi baiknya. 

Baca: “Ni mesti gangster ni” – Ramai Orang di Sekeliling Tapi 3 Lelaki Naik Kereta Kancil Selamba Je Rompak & Langgar Lari

Kereta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.