in

WOW! Penangan K-Drama, Indonesia Hasilkan Soju Versi Halal

Aa 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dapat dinafikan lagi, industri hiburan dari Korea sedikit sebanyak telah merubah landskap hiburan dunia apabila hasil karya mereka semakin mendominasi pasaran antarabangsa selain meraih pelbagai anugerah berprestij.


Oleh itu, sudah semestinya ramai yang terinspirasi dengan kejayaan tersebut malah ianya mampu mempengaruhi gaya hidup generasi muda pada hari ini.

Bagi peminat K-Drama, korang mesti dah biasa tengok babak lakonan orang ramai minum soju di restoran kan?  Untuk makluman korang, soju adalah minuman beralkohol yang sangat popular di Korea.

A2 7

 

Kerana populariti minuman tersebut yang sering dipaparkan melalui drama Korea, seorang usahawan dari Bandung, Indonesia telah terinspirasi untuk menghasilkan soju versi halal. Wow menarik!

Sovi memberitahu, dia menghasilkan minuman Mojiso ini hasil olahan ramuan dan cara penyediaannya daripada soju yang asal supaya ianya menjadi versi halal.

“Kandungannya sama seperti virgin mojito tetapi kami olah supaya dapat merasakan kesegaran. Kami juga menggunakan bahan-bahan semula jadi bagi memastikan minuman ini halal dan selamat untuk diminum”

 

Penghasilan minuman ini bukan sahaja dititikberatkan dari aspek rasa, malah pembungkusannya juga menarik. Didatangkan dalam botol kaca bewarna hijau beserta pelekat putih yang direka dengan tulisan Korea

A 1 14

Mojiso ini didatangkan dengan 4 perisa menarik iaitu laici, teh hijau, strawberi dan yogurt. Dikhabarkan antara perisa yang paling banyak permintaan adalah perisa yogurt.

Sebotol dengan kandungan 360 mililiter dijual pada harga 45,000 Rupiah (RM12.80) dan sedia untuk dihantar kepada pelanggan di seluruh Pulau Jawa, lapor Kompas.com.

 

Jadi kalau korang nak cuba rasa boleh la nanti pergi ke Bandung. Mana tahu kalau ada jual juga dekat platform online. Min nak cubalah!

 

Baca: HELLO POLIS? Ada Syarikat Indonesia Cipta Aiskrim Perisa Indomie, Siap Ada Bawang Goreng Tabur!

A3 1 2

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.