in

HELLO POLIS? Ada Syarikat Indonesia Cipta Aiskrim Perisa Indomie, Siap Ada Bawang Goreng Tabur!

Aiskrim Indomie E1610877261924

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiada yang boleh gantikan ‘legend’ maggi goreng Indomie yang menjadi kegemaran ramai orang di Indonesia dan Malaysia. Dengan kriuk-kriuk yang disediakan, maggi Indomie ni tak perlu tambah apa-apa dan sedap dimakan dengan cara original saja.


Sejak beberapa tahun lepas bermacam inovasi yang dicipta diinspirasikan daripada Indomie goreng. Antaranya adalah keropok perisa Indomie, burger Indomie, donat Indomie, kek Indomie, burrito Indomie dan macam-macam lagi.

Terbaru, sebuah syarikat aiskrim bernama Holi Ice Cream di Indonesia telah mengeluarkan aiskrim berperisa Indomie dan ianya adalah pertama di negara itu!

Kalau maggi Indomie ada kriuk-kriuk yang ditabur last sekali sebelum kita makan maggi tu, aiskrim ini pun ada bawang goreng yang ditabur dekat atas!

Selepas syarikat itu melancarkan aiskrim Indomie ini, ramai netizen di Twitter memberi respon dan komen tentang pendapat mereka. Rata-ratanya akui tidak percaya akan wujudnya ciptaan aiskrim berperisa Indomie ini dengan menganggap ianya satu ‘penghinaan’ terhadap Indomie maggi.

Namun, ramai yang berkata mereka tertanya-tanya bagaimana agaknya aiskrim perisa Indomie ini dan tidak ketinggalan ada juga yang berkata pada mulanya mereka sangka ia adalah bekas lilin wangi yang selalu dijual dekat kedai perhiasan rumah.

Pemilik Holi Ice Cream, Stephen berkata kerana terlalu sukakan maggi Indomie dia mendapat inspirasi untuk jadikan ia sebagai perisa aiskrim. Apatah lagi dia memang suka makan aiskrim yang dihasilkan sendiri.

 

 

Saya sedang menikmati Indomie goreng ketika itu dan terfikir kalau ada aiskrim berperisa Indomie ini memang cool.”

Perkara itu membuatkan Stephen terus melakukan experiment mencipta pencuci mulut perisa Indomie untuk dicuba sendiri dan tanpa disangka dia sukakannya.

Selepas itu, saya juga berikan aiskrim tersebut kepada orang lain tanpa beritahu mereka ianya adalah perisa Indomie. Mereka kata rasanya sangat sedap dan semua terkejut bila dapat tahu sebenarnya itu adalah aiskrim Indomie.”

Aiskrim Indomie ciptaannya itu baru sahaja dilancarkan secara rasmi pada 10 Ogos lepas dan antara perisa terbaru yang dikeluarkan oleh Holi Ice Cream ketika ini.

Sebelum ini, mereka terkenal dengan ciptaan perisa aiskrim yang diinspirasi daripada bermacam-macam jenis makanan/minuman. Antaranya adalah perisa ‘Butterbeer’ dan ‘Polyjuice Potion’ yang diambil daripada filem Harry Potter dan perisa Cornflakes.

 

Baca: “Jangan buat makanan jadi jijik boleh tak” – Sebab Trend Boba Tea, Ada Yang Buat Nasi & Maggi Goreng Boba

Boba Jijik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.