in

Wow! Orang Ramai Terpegun Lihat Lelaki Aceh Berjaya Tangkap Buaya 90 Tahun Mengganas

Croc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Wow! Orang Ramai Terpegun Lihat Lelaki Aceh Berjaya Tangkap Buaya 90 Tahun Mengganas
Loading
/

Siapa yang tak takut dengan haiwan ganas seperti buaya? Sekali dia nganga mulut, boleh telan dua tiga ekor kambing tau! Tapi perkara ni lagilah bahaya kalau haiwan ganas ini kacau orang kampung nak ambil nyawa manusia pulak.


Menurut Coconuts, seekor buaya kuno yang sudah berusia 90 tahun telah berjaya ditangkap oleh sekumpulan penduduk di Aceh, Indonesia. Fuh hampir sedekad dah umur dia! Cara orang Aceh menangkap buaya gergasi tersebut dengan penuh skill memang tarik perhatian admin lah!

Buaya gergasi berat 1 tan, panjang 5 meter

Menerusi sebuah posting yang viral di Facebook, buaya yang dikatakan mempunyai berat 1 tan dan panjang 5 meter itu telah ditangkap dekat sebuah ladang kelapa sawit sebelum diberikan kepada pihak berkuasa pada Isnin lalu (30 April).

Pada awalnya, kehadiran buaya tu disedari sebab ia cuba menerkam ke arah seekor kambing di ladang kelapa sawit Aceh Tamiang. Tapi sebab takut buaya tu datang serang pekerja kat ladang pulak, dorang pun ambil keputusan untuk tangkap si buaya dan ikat haiwan tu guna tali supaya ia dah tak boleh mengganas dan serang pekerja ladang lain.

Boya 1
sumber: facebook
Buaya
sumber: facebook

Chill je weh tengok abang seluar merah tu kawal pergerakan buaya tu! Ilmu apa dia pakai? Berani betul! 

Dilepaskan dekat kawasan hutan oleh pihak berkuasa

31698827 315184872344399 3496090807574724608 N
sumber: facebook

Lepas dapat laporan tentang buaya berjaya ditangkap, Aceh’s Natural Resources Conservation Center (BKSDA) pun datang ambil haiwan tu dan lepaskan ia kat kawasan pedalaman yang berhampiran dengan hutan Kota Langsa, yang mana kononnya dikatakan lebih selamat.

Menurut pihak BKSDA, kejadian buaya menyerang manusia ni sering berlaku di Aceh disebabkan semakin ramai individu yang suka menceroboh masuk habitat haiwan liar tersebut.

Dorang ni manusia berani yang risikokan nyawa sendiri untuk keselamatan orang lain. Macam ni lah superhero sebenar. Ni baru betul Avengers. Eh?

Infinity War Avengers Gif

Nasib baiklah ada jugak orang yang berani dan mempunyai skill hebat dalam tangkap buaya yang terlepas kat ladang kelapa sawit ni. Kalau tak… habis dah pekerja ladang semua kena NGAP! 

Baca: Penduduk Kampung ‘Balas Dendam’, Goreng Ular Sawa dan Makan Beramai-ramai 

Snakes

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.