Penduduk Kampung ‘Balas Dendam’, Goreng Ular Sawa dan Makan Beramai-ramai

Tambah ke Sumber Pilihan
Penduduk Kampung ‘Balas Dendam’, Goreng Ular Sawa dan Makan Beramai-ramai

Berang dengan nasib yang menimpa rakan sekampung, seluruh penduduk setempat di Desa Belimbing di Indragiri Hulu, wilayah Riau, Pekanbaru, Indonesia membuat keputusan untuk membalas dendam bagi pihaknya.

Menurut laporan dari portal tempatan, seorang lelaki dilaporkan cedera parah di tangan selepas digigit seekor ular sawa sepanjang tujuh meter ketika cuba menangkapnya.


Ular 8
Sumber: Facebook
Ular 2
Sumber: Facebook

Robert Nababan, 37, merupakan individu yang dicari oleh penduduk setempat jika ada ular yang perlu ditangkap. Namun, nasibnya kali ini malang apabila haiwan itu bertindak agresif ketika cuba ditangkap.

Jurucakap polis, Sutarja berkata, kejadian tersebut berlaku apabila Robert ternampak beberapa penduduk cuba menangkap ular sawa itu di sebuah ladang kelapa sawit.

“Robert pada mulanya berjaya menangkap kepala ular itu dan cuba memasukkan haiwan berkenaan ke dalam guni.

“Bagaimanapun, ular itu tiba-tiba menggigit tangan Robert menyebabkan dia cedera parah.”

Akibat gigitan tersebut, bapa kepada dua anak itu mengalami kecederaan parah lalu digegaskan ke hospital oleh penduduk dan kini dilaporkan stabil selepas menjalani pembedahan.

Ular 7
Sumber: Facebook

Penduduk kemudian membuat keputusan untuk ‘membalas dendam’ bagi pihaknya dan bertindak membunuh haiwan itu, lapor Harian Metro.

Mereka kemudian menggoreng ular sawa itu dan makan beramai-ramai. Lain macam betul cara dorang balas dendam…

Ular 3
Sumber: Facebook
Ular 6
Sumber: Facebook
Ular 4
Sumber: Facebook

“Menurut laporan yang diterima, ular itu sudah digoreng dan dimakan bersama-sama oleh penduduk,” kata Sutarja lagi.

Dahsyat betul. Marah sangat sampai goreng dan makan! Semoga mangsa cepat sembuh…

Baca: Tiga Lelaki Lakukan Seks Dengan Kambing Selepas Terangsang Menonton Video Lucah

38609729 9662 4Aab 8Bdd 3961C93A5F6F

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Penduduk Kampung ‘Balas Dendam’, Goreng Ular Sawa dan Makan Beramai-ramai
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/penduduk-kampung-balas-dendam-goreng-ular-sawa-dan-makan-beramai-ramai/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM