in

Warganet Persoal Tindakan Ustaz Tanya Soalan Agama Sebelum Hulur Bantuan

Cover 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial yang memperlihatkan seorang individu lelaki memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan.


Namun, video bantuan tersebut menimbulkan rasa kurang senang warganet selepas tindakan individu berjubah itu yang bertanyakan beberapa soalan berkaitan agama kepada penerima bantuan dengan suara yang agak kasar.

1

2 2

Antara soalan yang diajukan adalah berkenaan rukun iman dan niat solat Maghrib. Meskipun soalan-soalan ini kelihatan mudah, namun ramai berpendapat soalan ini tidak sepatutnya diajukan kepada penerima bantuan.

“Saya tak minta lain. Saya bukan minta undi daripada kamu, saya bukan nak jadi YB, saya bukan kerajaan. Ini persendirian saya buat”, tegas individu ini.

Bukan itu sahaja, warganet turut mempersoalkan tindakan individu ini yang menyebut harga barangan kepada bakal penerima bantuan. Jelas individu ini, dia tidak mengharapkan apa-apa balasan, sebaliknya dia berharap agar penerima bantuan menunaikan solat.

“Bayangkan, ini RM27, beras kan? Campur ni lebih kurang RM50. Saya sudah turunkan ini barang. Kalau ini saja RM20, sudah berapa ratus ringgit? RM500 kan? Bukan RM500, ribu sudah duit”, ujar individu ini.

“Saya nak apa dia? Saya nak kamu solat saja”

Dapat perhatian YB Syed Saddiq

Video ini turut mendapat perhatian YB Syed Saddiq yang menasihati individu tersebut agar menunjukkan rasa belas kasihan kepada penerima bantuan. Beliau turut memberikan contoh kaedah yang digunakan oleh Ustaz Ebit Lew yang memudahkan penerima bantuan.

“Ustaz Ebit Liew bila bantu orang susah takda pun nak tanya 101 soalan sebelum layak dapat bantuan”

 

Bagaimanapun, ada juga beberapa individu yang bersetuju dengan tindakan pemberi bantuan tersebut yang bertanyakan soalan agama kepada penerima bantuan.

Apa pendapat anda tentang isu ini?

 

BACA: “Anaknya dah terbaring, tak makan 2 hari” -; Pemanggil Suria FM Kongsi Kisah Sedih Beri Bantuan di Kuala Kangsar

Xxx

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.