in

“Dua insan sentiasa ada masa jatuh bangun” – Syed Saddiq & Bella Buat Kejutan Bawa Ibu Bapa Kerjakan Umrah

Syaz Ft 43

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perjalanan hidup dan liku-liku cabaran yang ditempuhi ahli politik terkenal, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akhirnya dikongsi bersama insan tersayang dalam satu momen yang sangat menyentuh hati.

Menerusi hantaran video terbaharu di akaun media sosialnya, Syed Saddiq bersama isterinya, Bella, mengejutkan kedua ibu bapa mereka (Mama dan Abuya) dengan hadiah pakej menunaikan umrah sebagai memenuhi janji dan komitmen mereka sebelum mendirikan rumahtangga.


Apa yang lebih mencuit hati, Syed Saddiq sempat berseloroh ketika menyerahkan sampul surat kejutan tersebut kepada ibu bapanya.

Artikel berkaitan: Muhyiddin, Syed Saddiq Antara 13 Ahli Parlimen Tandatangani CSA Dengan Kerajaan

Artikel berkaitan: Bella Astillah Geli Hati Tengok Hadiah Peminat Bagi Pijama Gambar Syed Saddiq

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Menurut Syed Saddiq, hadiah pakej umrah itu merupakan sebahagian daripada hasrat dan komitmen peribadinya yang diletakkan sebagai sebahagian daripada hantaran perkahwinan, selain menunaikan nazarnya selepas pelbagai urusan mahkamah serta fasa sukar kehidupannya selesai dengan baik.

Jelasnya lagi, perjalanan hidup yang dilaluinya tidak akan pernah terasa sempurna tanpa dua insan yang sentiasa berdiri teguh di sisi sewaktu jatuh dan bangun.

“Perjalanan ini mungkin sudah cukup indah, tetapi takkan pernah terasa sempurna tanpa dua insan yang sentiasa ada di sisi dalam setiap jatuh dan bangun.

Mereka yang tak pernah berhenti mendoakan walaupun ketika dunia seakan tidak menyebelahi saya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Tambah beliau, kejutan itu turut disifatkan sebagai tanda kesyukuran yang mendalam, di samping berhasrat membawa ibu bapanya menikmati detik bermakna di Tanah Suci bersama-sama pada penghujung Januari depan.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.