in

“Anaknya dah terbaring, tak makan 2 hari” – Pemanggil Suria FM Kongsi Kisah Sedih Beri Bantuan di Kuala Kangsar

Tak Makan 2 Hari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang pernah sertai misi bantuan atau bersama NGO menghulurkan bantuan buat mereka yang dalam kesusahan, pasti korang menyimpan 1001 pengalaman yang sangat menyentuh hati.


Baru-baru ini, seorang pemanggil di radio Suria FM yang dikenali sebagai Abang Din ini telah berkongsi pengalamannya dalam menghulurkan kepada sebuah keluarga di Kuala Kangsar.

Menerusi rakaman yang dikongsikan Suria FM di Instagram, Abang Din ini menceritakan kisah sebuah keluarga yang mengalami kesusahan akibat terputus bekalan makanan.

Dalam sebak tangis, dia memberitahu ketika mereka tiba di lokasi, anak-anak pemohon bantuan itu sudah terbaring tidak berdaya kerana dua hari tidak menjamah sebarang makanan. Allahu…. 

Bimbang dengan keadaan mereka, lelaki ini terus bergegas membeli makanan segera dan meminta anak-anak tersebut menjamahnya untuk mendapatkan tenaga kembali.

Ada satu kes ini kita pergi anaknya dah terbaring, tak makan 2 hari. Jadi saya memang luluh hati. Saya lari cari kedai makan, bungkus dan bagi dia makan makanan segera supaya dia boleh ada tenaga. 

“Memang program (bendera putih) sangat penting sebab kita tak kenal orang. Ada yang ramai tak tahu, ada data handphone habis, kredit habis. So dorang memang terputus habis bekalan makanan dan komunikasi. 

“Saya minta pada semua jiran-jiran tolong tengok jiran sebelah rumah kita, kalau ada yang tak makan, ada yang sakit, ada yang macam-macam kes. Tolong sampaikan kepada pihak polis, tolong jangan saman orang-orang yang tak ada makanan,” katanya.

 

“Sedihnya dengan situasi sekarang” 

Ramai yang mendengar rakaman ini berasa sedih dengan situasi yang dialami mereka yang dalam kesusahan. Harap lebih ramai individu serta NGO terus turun hulurkan bantuan buat mereka yang benar-benar memerlukan.

Sdih

Semoga semuanya terus kuat! Siapa yang berkemampuan tu tolonglah mereka yang memerlukan ni. 

Baca: Tiga Hari Makan Biskut Lepas ‘Terputus’ Bekalan Beras, Ibu Tunggal Dapat Bantuan Hasil #BenderaPutih

White Flag

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.