in

Warga Emas Tinggal Dalam Gua Selama 30 Tahun Gara-gara Tak Dipedulikan Keluarga

F1 Goa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini di Indonesia, seorang warga emas lelaki ditemui tinggal di dalam gua sejak 30 tahun lalu selepas dikatakan dirinya sudah tidak dipedulikan lagi oleh keluarganya.

Menurut Kompas.com, warga emas berusia 72 tahun yang dikenali sebagai Yudi Iswantoro itu mula tinggal di dalam gua di Kampung Mulyoarjo, Malang, Indonesia 30 tahun lalu selepas berpisah dengan isterinya.


Dia yang mempunyai tujuh orang anak dengan bekas isterinya meninggalkan rumah dan nekad untuk tinggal sendirian di gua berkenaan sejak peristiwa itu.

2 4

Menurutnya juga, anak-anak dan bekas isterinya tidak pernah menjenguknya sepanjang tinggal di gua itu.

Dari segi makan minum, pakcik ini mengatakan dia akan makan makanan pemberian orang sekeliling setiap kali keluar dari gua dan berjalan di kawasan perkampungan berdekatan.

Buat masa ini, dia telah dibawa untuk tinggal di rumah penjagaan warga emas Khusnul Khotimah.

Walau bagaimanapun, lain pula cerita yang didedahkan oleh keluarganya. Setelah ditemu bual, anak bongsunya mendedahkan bahawa bapanya itu pergi ke gua ketika dia masih kecil lagi.

Pada ketika itu, ibunya mengatakan bapanya ke gua untuk bertapa setelah diajak oleh rakannya.

Setelah itu, ibunya juga didakwa sering dipukul oleh bapanya itu.

Ketika pasangan itu masih bersama juga, warga emas itu dikatakan sering meminta wang dari isterinya.

Sumber: Kompas.com

Baca: Warga Emas Dibuang Di Hutan Gara-gara Suami Enggan Jaga Lepas Diserang Strok 

1 4

Sumber: Kompas.com

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.