in

Warga Emas 75 Tahun Maut Diseret Selepas Terlanggar Jalan Berlubang

Untitled

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru sahaja semalam Lobak Merah kongsikan sebuah kemalangan di Rawang yang melibatkan jalang berlubang. Mangsa yang merupakan dua orang wanita terbabas lalu terjatuh selepas melanggar lopak air yang dalam.


Hari ini, muncul lagi satu kes kemalangan yang melibatkan jalan raya berlubang. Seorang lelaki warga emas maut di tempat kejadian selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan akibat  terlanggar jalan berlubang.

Ho Yan Fee, 75, dilaporkan sedang dalam perjalanan ke arah pusat beli-belah Midvalley dari arah Jalan Connaught apabila mangsa terlanggar jalan berlubang lalu terjatuh akibat hilang kawalan.

Mangsa kemudian diseret beberapa meter oleh kenderaan lain, kejadian dilaporkan berlaku pada sekitar 7.30 pagi tadi.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk bedah siasat. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Salam takziah buat keluarga mangsa.

 

Sumber: Harian Metro

 

BACALagi Kes Jalan Berlubang, Motor Kemalangan Di Rawang Raih Perhatian Ramai

Cats 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.