Sebagai pengguna jalan raya, kita pastinya akan mengelak dari melanggar lubang di jalan. Bukan setakat risau akan merosakkan kenderaan, jalan yang berlubang juga berkemungkinan besar menjadi faktor kemalangan.
Bagi mengurangkan risiko perkara yang tidak diingini berlaku, seorang penunggang motosikal telah mengambil inisiatif untuk menabur seguni tar pada lubang yang terdapat dijalan. Tindakan beliau itu sempat dirakam dan telah mendapat pujian orang ramai. Korang boleh tengok dalam video @_aisar77 dibawah.
@_aisar77 Rakyat tolong rakyat? #fyp #rakyatmalaysia
Terbaik!
Rata-rata pengguna sosial media memberi pujian atas tindakan murni penunggan motosikal itu. Bukan mudah sebenarnya nak bawa seguni tar atas moto dan nak taburkan pada jalan berlubang dalam keadaan panas tu. Tindakan beliau memang wajar diberi pujian.
Sebenarnya mudah je nak buat baik kepada orang lain. Ini adalah salah satu daripada banyak cara buat kebaikkan untuk kemudahan orang lain. Terbaik lah!
Betul, memang tak ramai yang sanggup buat macam apa yang abang ni buat. Pujian memang patut diberikan, atas usaha beliau lah orang lain dapat lalu situ dengan selamat.
Yang ini min sangat setuju. Ini pun adalah salah satu sedekah juga. Beli tar pastu tabur dekat jalan yang berlubang tu. Memang mengalir lah pahala dekat dia selagi ada yang guna jalan tu.
Ini mungkin salah satu faktor utama kenapa beliau bertindak demikian. Daripada nak hadap risiko terlanggar, beliau ambil inisiatif untuk buat sendiri je. Orang lain pun boleh kurangkan risiko kemalangan gak.