in

Lagi Kes Jalan Berlubang, Motor Kemalangan Di Rawang Raih Perhatian Ramai

Cats 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu jalan berlubang bukanlah sesuatu yang mengejutkan di Malaysia. Saban tahun kita semua terpaksa menjadikan isu jalan berlubang ini sebagai sesuatu yang normal.


Terbaru, sebuah kemalangan melibatkan motosikal dilaporkan berlaku pada hari pertama tahun 2021 di Rawang. Kejadian ini dikongsikan oleh Rawang Post di laman Twitter semalam.

1 2

Menurut hantaran yang dimuat naik, motosikal yang ditunggang oleh dua orang wanita terlanggar jalan yang berlubang, lalu mereka terjatuh ke jalan raya yang dipenuhi dengan lopak air. Bagaimanapun, orang awam dilihat berhenti dan menghulurkan bantuan.

Hantaran ini tular dan mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya turut berkongsikan perkara yang sama. Lebih mengejutkan, seorang pengguna Twitter ada berkongsikan keadaan sebenar di jalan tersebut.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah ini:

“Dari aku sekolah rendah sampai kerja dah jalan tak siap-siap”, luah seorang pengguna Twitter yang berang dengan jalan di Rawang ini. Menurutnya, jalan berlubang di sini sudah lama berlaku dan amat berbahaya untuk pengguna jalan raya.

Diharapkan pihak berwajib dapat menyelesaikan isu jalan berlubang di Malaysia. Masalah ini bukan sahaja membahayakan nyawa pengguna jalan raya, malah isu ini juga membuktikan bahawa ada pihak yang lepas tangan dalam menjaga kebajikan rakyat.

 

Sumber: Rawang Post

 

BACA: “Takde pun orang minta maaf” – Mangsa Hilang Kaki Sebab Elak Langgar Lubang Kongsi Cerita Lepas ‘Kemalangan KJ’

A

Sumber: Rawang Post
Sumber: Rawang Post

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.